Pop Kuizza: Apakah Karakter Diriku?




  • Mana satu gambaran tentang diri korang, baik atau pun nakal? Mungkin pernah orang kata kamu ni baik, tapi korang rasa yang korang ni bukan baik mana pun. Mungkin ada juga yang kata kamu ni agak nakal orangnya. Tapi sejauh mana pula kenakalan korang itu? Apa pun persepsi orang, korang yang patut lebih tahu siapa diri korang yang sebenarnya. Tak gitu? Apa kata korang meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan di bawah ni, ketahui korang ni baik ke nakal orang nya. Betul ke apa yang orang cakap pasal diri korang. Ataupun pun betul ke apa yang korang anggap pasal diri korang tu.

    Setiap jawapan untuk setiap soalan ada markah masing-masing. Korang campur la semua markah jawapan yang korang pilih tu pastu boleh la tahu keputusannya.

    Lets start! Tapi sebelum tu, korang kena la sediakan pen dan kertas untuk catat markah korang. Pensel pun boleh..hehe.. Atau pun korang bukak la kejap calculator kat komputer korang tu, boleh terus tambah markah korang. Sori le.. ni kuiz manual kena tanda markah sendiri.. Selamat menjawab

    * Kuiz ini tidak semestinya benar dalam menunjukkan watak diri anda. Tujuan hanya untuk bergembira sahaja

    • Semasa menghadiri sebuah majlis, tiba-tiba ada sekumpulan jejaka/gadis menarik kekasihmu untuk diajak menari. Kamu..? Markah… (a) 1 (b) 0 (c) 2

      • Marah juga dan meminta si dia agar tidak melayan karenah mereka.
      • Senyum saja sebab takut nanti dianggap terlalu cemburu pula, walaupun di saat itu hati kamu tak rela
      • Sengaja menumpahkan air dibaju salah seorang dari kumpulan itu. Ops!
    • Pernahkah kamu ke klinik semata-mata mahu mendapatkan cuti sakit padahal kamu sihat ketika itu? Markah… (a) 2 (b) 1 (c) 0

      • Ya, lagi pun memang selalu kamu berbuat demikian.
      • Sesekali, kalau kamu malas hendak ke tempat kerja/sekolah.
      • Tidak pernah, melainkan kamu benar-benar tidak sihat.
    • Apa pendapat kamu tentang segala peraturan seperti cara berpakaian, tepati masa dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh tempat kerja/sekolah kamu? Markah… (a) 0 (b) 1 (c) 2

      • Setiap peraturan ada alasan yang tersendiri.
      • Wajar saja dilanggar sesekali.
      • Peraturan dibuat untuk dilanggar. Untuk apa dipatuhi?
    • Kamu tidak suka disuruh duduk di rumah untuk menjaga anak buah kamu semasa kakak kamu keluar membeli-belah. Kamu…? Markah… (a) 2 (b) 0 (c) 1

      • Mengurung anak buah kamu di dalam bilik dan diberikan sejumlah besar permainan, Kamu? menonton televisyen saja.
      • Mengajaknya bermain tanpa henti hingga dia tertidur kepenatan.
      • Membawannya ke taman permainan behampiran.
    • Pernahkah kamu terlibat dengan cinta si dia yang sudah berpunya? Markah… (a) 1 (b) 0 (c) 2

      • Sempat tergoda tapi tak pernah kesampaian.
      • Tak mungkin. Kamu tidak tergamak untuk menjadi orang ketiga.
      • Pernah. Walaupun tahu itu satu kesalahan, tapi apakan daya hati sudah mencintainya.
    • Pernahkah kamu dikritik kerana telah buat salah? Apa reaksi kamu? Markah… (a) 2 (b) 1 (c) 0

      • Terserah apa jua tanggapan orang. Kamu tak peduli dengan semua itu.
      • Minta maaf seadanya. Tetapi tetap beranggapan yang mereka ini sudah keterlaluan.
      • Minta maaf dan kamu memang rasa bersalah.
    • Bos kamu meminta semua kakitangan bekerja lebih masa sedangkan kamu sudah mempunyai perancangan untuk pergi bercuti. Akhirnya… Markah… (a) 1 (b) 0 (c) 2

      • Berpesta-pesta sakan masa bos kamu suruh bekerja. Tanda protes!
      • Terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti. Kerja..kerja..kerja…
      • Langsung tak pergi bekerja. Bosan!
    • Pengertian ‘Nakal’ bagi kamu… Markah… (a) 0 (b) 2 (c) 1

      • Makan aiskrim di muzium kesenian.
      • Buat bising di restoran eksklusif.
      • Pergi ke mana-mana tanpa memberitahu ahli keluarga mu.
    • Kamu menumpahkan separuh dari isi minyak wangi milik kawan baik kamu. Lalu… Markah… (a) 2 (b) 1 (c) 0

      • Diganti dengan air. Lepas tu buat tak tahu saja.
      • Katakan maaf. Itu saja yang mampu kamu lakukan.
      • Kamu mengaku kesalahan mu dan berjanji akan menggantikan dengan minyak wangi baru.
    • Melihat aksi Jeniffer Lopez dalam filem ‘Enough’, kamu…? Markah… (a) 1 (b) 0 (c) 2

      • Terasa satu kekuatan untuk melawan sesiapa yang menindas kamu.
      • Terbawa-bawa aksi yang bahaya. Kena belajar seni mempertahan diri ni.
      • Semakin nakal kerana tidak mahu ditindas oleh sesiapa.