Apakah Cara Untuk Kesan Tanda Peranakan Jatuh?

cara kesan tanda peranakan jatuh



  • Cara Kesan Tanda Peranakan Jatuh. Masalah peranakan jatuh adalah sangat merbahaya bagi wanita dan peranakan atau rahim boleh jatuh tanpa anda sedari. Mungkin normal bagi wanita yang pernah bersalin untuk jatuh peranakan. Kadang-kadang anak dara pun boleh jatuh peranakan disebabkan nature of work mereka.

    cara kesan tanda peranakan jatuh

    Pramugari dan atlet yang masih anak dara pun ada. Hal ini kerana, pramugari perlu mengangkat barang berat di kabin dan atlet yg melompat-lompat dan sangat aktif ini senang jatuh peranakan mereka.

    Tahukan anda  peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil,  peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai uterine prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, disebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.

    Jika anda mempunyai simptom, tanda peranakan jatuh: baca Rawatan dan Pencegahan Jatuh Peranakan / Rahim

    PENAFIAN: Ini bukanlah nasihat perubatan yang profesional. Sila dapatkan pendapat dari doktor perubatan yang bertauliah. Kami tidak bertanggungjawab atas kesan buruk/negatif hasil dari artikel ini.

    • Pertama sekali, kita tengok kalau anda ada simptom peranakan jatuh. Adakah anda rasa berat di kawasan ari-ari? Seperti ada objek bergayut atau rasa ada objek nak terkeluar dekat area pembukaan faraj?

      • Ya
      • Tak
    • Adakah anda senang terkencing bila bersin atau batuk?

      • Ya
      • Tak
    • Adakah kencing anda tak lawas? Walaupun dah ke toilet, rasa macam ada lagi air kencing nak terkeluar. Bila teran tak ada apa-apa yang keluar.

      • Ya
      • Tak
    • Terasa senak apabila ‘bersama’ suami?

      • Ya
      • Tak
    • Sakit pinggang seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari-ari?

      • Ya
      • Tak
    • Waktu petang khususnya selepas Asar (4 – 7 pm) anda rasa nak demam, sejuk kaki dan tangan?

      • Ya
      • Tak
    • Peha dan betis ada rasa kebas-kebas?

      • Ya
      • Tak
    • Ada pendarahan faraj selepas menopaus?

      • Ya
      • Tak