Muka Anda Mudah “Breakout”? Baca 5 Tips Ini Untuk Dapat Kulit Flawless Seperti Neelofa

Muka berjerawat merupakan masalah nombor satu yang dihadapi oleh golongan remaja di seluruh dunia.

Open list
5 submissions already
muka berjerawat



  • Ramai menganggap ada muka berjerawat bagaikan satu sumpahan. Mempunyai muka yang kerap breakout akan menjejaskan keyakinan diri dan menyebabkan aktiviti sosial menjadi sukar. Akibatnya? Nak keluar rumah malas, nak lepak dengan kawan-kawan pun jadi segan. Hidup lebih indah jika duduk terperuk di rumah tanpa bergaul dengan sesiapa.

    Inilah realiti untuk mereka yang terpaksa bertarung dengan acne atau kulit berjerawat.

    Jika anda dapat relate dengan senario di atas, jangan risau! Tips mudah di bawah dapat membantu kulit anda menjadi lebih licin seperti Neelofa. Baca, hadam, dan amal dengan disiplin. Dalam masa yang singkat, anda akan terkejut dengan kesannya kepada pemulihan kulit anda.

    Ada tips lain yang anda rasa berkesan untuk melawan musuh nombor satu remaja ini? Sila kongsi dengan pembaca WanitaKini dengan menambah submission anda di bawah. Jangan lupa juga untuk vote tips mana yang paling berkesan untuk anda. Selamat mencuba!

    Baca lagi: 8 Tanda Kanser Payudara Yang Wajib Anda Pelajari

    #1 Dapatkan tidur yang cukup

    Segala masalah di dunia boleh diselesaikan dengan tidur yang cukup, termasuklah muka berjerawat. Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, anda perlukan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam tidur sehari. Ini kerana hormon-hormon yang bertanggungjawab untuk repair kulit anda bekerja ketika anda tidur. Jadi, tunaikan hak badan anda dengan mendapatkan rehat yang secukupnya pada waktu malam.

    Bukan itu sahaja, tidur yang cukup akan kurangkan stress anda pada waktu pagi. Tahukah anda? Stress merupakan salah satu penyebab (tidak langsung) naiknya jerawat di muka. Jadi secara mudahnya, jika anda elak stress, anda dapat elak jerawat daripada berleluasa di muka anda.

    by

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #2 Elak makanan yang berasaskan dairy

    Ramai tewas apabila sampai ke langkah ini. Makanan yang berasaskan dairy perlu dielakkan kerana ia akan membuatkan kondisi muka anda menjadi lebih teruk. Ini bermakna susu, keju, coklat, dan kebanyakan makanan yang sedap di dunia ini perlu dibuang daripada diet anda. 

    Mungkin inilah sumpahan yang dimaksudkan... 

    Tetapi kecantikan tidak akan dicapai tanpa pengorbanan. Pernahkah anda dengar "Beauty is pain."? Cuba buat dulu dalam beberapa bulan dan tengok jika ada perubahan atau tidak kepada kulit anda.

    by

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #3 Banyakkan minum air kosong

    Jadikan air kosong sebagai teman baik anda dan kurangkan atau tinggalkan terus air manis yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan anda. Air kosong dapat membantu sel-sel dalam badan anda untuk berfungsi dengan baik. Ini akan memudahkan mereka untuk membaiki kulit anda.

    Bagaimana nak tahu jika air di dalam badan anda cukup atau tidak? Cara yang paling senang adalah dengan melihat kepada warna air kencing anda. Jika air kencing anda berwarna kuning pekat, itu maksudnya badan anda sedang mengalami dehydration (kurang air). Biasakan diri untuk membawa botol air kemana sahaja yang anda pergi agar badan anda kekal hydrated sepanjang hari.

    by

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #4 Tukar sarung bantal secara berkala

    Sarung bantal boleh menjadi rumah kepada habuk dan kotoran. Dari mana datangnya habuk dan kotoran ini? Dari persekitaran sekeliling dan juga kulit muka & rambut anda. Lagi-lagi jika anda jenis yang biar rambut berminyak ketika masuk tidur. 

    Kotoran dan minyak ini akan hinggap semula ke kulit anda dan akan menyumbat pori-pori di muka. Dari sinilah jerawat akan mula muncul. Jadi, pastikan anda tukar sarung bantal anda secara berkala untuk elak daripada kotoran membiak di bantal anda.

    by

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #5 Elak daripada sentuh muka

    Tangan dan jari-jemari anda tempat bakteria berparti dan berjimba. Menyentuh muka anda hanya akan menolong bakteria ini berhijrah ke muka anda. Bila dah berhijrah, mereka akan mula dirikan rumah di muka anda dalam bentuk jerawat.

    PENTING: Kalau sentuh pun tak boleh, picit lagi lah dilarang! Dengan memicit jerawat anda, muka anda akan menjadi ladang parut yang kekal sampai ke tua. Jadi, nasihat kami: Tahan desakan Si Tangan untuk menyentuh muka anda selagi mampu. 

    by

    1 point
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Add your submission

    Image Text Embed

    This field is required

    Drop Image Here

    or

    You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

    Get image from URL

    Maximum upload file size: 2 MB.

    Processing...

    This field is required

    e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

    Supported Services:

    Processing...

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    18 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%