Tidur Bersama Telefon Pintar Penyebab Mandul Dan Kanser!

Telefon Pintar Penyebab Mandul



  • Masyarakat dinasihatkan untuk meletakkan telefon pintar berjauhan sewaktu tidur bagi mengurangkan terdedah anggota badan terhadap radiasi serta risiko kesihatan berdasarkan laporan independent.co.uk. 

    California Department of Health, memberi amaran bahawa  bahawa telefon pintar mampu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah mental dan kesuburan. Namun tidak ada kajian yang kukuh berkenaan penggunaan telefon bimbit itu berbahaya.

    Notis ini dikeluarkan terhadap beberapa bandar seperti Berkeley dan San Francisco, yang menggalakkan semua orang meletakkan telefon bimbit berjauhan sewaktu tidur.

    Ini disebabkan tenaga radiofrequency (RF) pada telefon pintar digunakan untuk memindah sesuatu maklumat.

    Suatu fakta yang menarik, pembuatan telefon pintar seperti Apple bersetuju dengan perkara tersebut dan juga memasukkan “ RF exposure” dalam perisian iPhone mereka.

    Antara yang menarik juga, California guidance menekankan bahawa RF berkemungkinan mampu menembusi sel otak kanak-kanak secara mudah berbanding orang dewasa, tambahan lagi mampu merosakkan tumbesaran otak.

    Telefon Pintar Penyebab Mandul?

    Kajian sebelum ini telah membuktikan bahawa seseorang yang terdedah kepada radiasi boleh menyebabkan tumor pada otak dan telinga, manakala pakar psikologi pula menyatakan bahawa radiasi ini turut memberi kesan kepada lemah kesihatan mental, fokus dan tidur seseorang remaja.

    Antara yang membimbangkan juga, kajian telah menunjukkan bahawa ada bukti kuat kesan antara RF dengan kuantiti dan kualiti benih lelaki (sperm).

    Oleh itu , anda dinasihatkan untuk:

    • Gunakan headset atau speakerphone.

    • Tidur dengan cara telefon pintar anda jauh dari badan.

    • Bawa telefon pintar dalam beg dan elakkan diletak dalam poket.

    Baca juga artikel Wanitakini.com mengenai topik Mati Pucuk Akibat Pornografi. Ramai yang masih mencari solusi bagi masalah ini dan ketagihan ini adalah sesuatu yang perlu ditangani sebelum menjadi kronik.

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    18 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *