Jaan Punching Bag – Teguran Keras Kepada Peminat Cerita Seperti Ini

jaan punching bag



  • Jaan Punching Bag bagus sebab akhirnya kita dapat tahu yang kes sebegini memang ada berlaku di Malaysia.”

    ————————————————————————————————————————————-

    Bagus? Itu sebab kamu rasa seronok membaca kisahnya sehingga menangis². Padahal hampir setiap minggu ada sahaja kes rogol dan cabul melibatkan kanak-kanak di Malaysia, TAPI kamu langsung tak peduli.

    Cari sahaja berita kes rogol kanak-kanak di Google. BERSEPAH. Adakah kamu tak perasan atau tak pernah tahu? Reaksi kamu seolah-olah JPB dan BM ini adalah pendedahan pertama seumpamanya di Malaysia. Seolah-olah kes rogol kanak-kanak tidak pernah direkodkan dan didiamkan dari pengetahuan umum.

    Yang sebenarnya, kamu tak peduli pun tentang kes² rogol kanak-kanak atau kes penderaan mereka. Walaupun kamu nampak anak jiran berbirat lebam tubuh, tapi kamu buat² tak nampak. “Biarlah, bukan urusan keluarga kita. Pandai² la mak pak dia jaga. Kita jaga hal kita, sudah.” Itu respon kamu apabila ditanya. Betul, kan?

    Tetapi apabila berlakunya kes kematian, maka kamu bertukar menjadi makcik rewang terpotong lebih bawang, menangis tunjukkan kekesalan. Maka terkeluarlah perkataan “Kesiannya budak tu. Akak dah nampak dia memang macam kena dera. Tapi akak tak berani report sebab ayah dia kepala angin. Nanti famili akak pula kena.”

    Jadi, apa gunanya cerita Jaan Punching Bag yang kononnya boleh dijadikan pengajaran, sedangkan akak tak pernah sekalipun peduli hal kanak-kanak atau isteri yang didera secara fizikal atau seksual? Sembang saja kan?

    Minggu lepas saya dan team cuba selamatkan seorang wanita dari terus menerus didera secara fizikal dan seksual oleh suami. Cubaan berkali-kali, pelbagai kerumitan dalam proses menyelamatkannya. Kami terpaksa guna lebih dari 6 aktivis untuk memisahkan wanita ini dari suaminya.

    Pelbagai ugutan dan pujuk rayu digunakan oleh si suami untuk mendapatkan kembali isterinya. Bayi berusia 3 bulan dijadikan tebusan oleh si suami. Kesudahannya, si isteri dengan rela pulang kepada suami untuk dijadikan ‘PUNCHING BAG’ seperti selalu.

    Ini baru KISAH BENAR. Tapi ianya tak buat kami menangis pun. Nak menangis untuk apa? Bukan kami yang kena sepak terajang. Tapi kami telah cuba bantu sedaya upaya, cuma mangsa yang berubah fikiran saat akhir (2 kali).

    Sebenarnya, ada mangsa suka berada di dalam relationship seperti ini kerana mereka menghidap penyakit SEXUAL MASOCHISM DISORDER. SMD ialah satu keadaan dimana seseorang itu terangsang secara seksual apabila dia dipukul, diikat atau didera. Kesakitan yang dirasai atau penghinaan yang diterima memberi keseronokan kepada individu itu (seperti dari filem 50 Shades of Grey – tak payah tengok kalau tak nak kumpul dosa).

    Wanita yang kami bantu itu mungkin menghidap SMD kerana dia sudah terbiasa berhadapan dengan situasi yang sama sejak kecil. Ibunya didera secara fizikal. Kemudian dia pula, dari perkahwinan pertama. Perkahwinan keduanya juga begitu. Dan dia juga menyatakan betapa sayangnya dia kepada suami walaupun badan sentiasa disakiti.

    Bagi saya, Jaan Punching Bag ini adalah satu karya yang menunjukkan penyakit SMD tetapi kesalahannya di sini ialah penggunaan karakter kanak-kanak. Kalau karakter yang digunakan ialah wanita berusia 23 tahun, saya tak ambil peduli. Buat apa peduli, ini adalah karya erotik. Untuk kepuasan pembaca, bukan untuk tindakan polis atau aktivis.

    Ramai wanita yang didera, call/mesej minta pendapat saya. Ada yang betul² mahu keluar dari perkahwinan. Saya bantu mereka semampu saya. Walaupun ramai, tak ada pula yang pernah bercerita tentang hal hubungan kelamin. Remaja yang dirogol pun tapis² perkataan kerana rasa jijik dengan diri sendiri. Tak ada seorang pun yang excited nak cerita bulu dada mata biru aum aum. Itu betul² cerita mengarut bikin carut.

    Nah. Harini saya rajin screenshot berita² kes rogol dan cabul kanak-kanak supaya yang BARU JUMPA INTERNET, dapat tengok berapa banyak kes yang sudah mendapat keadilan. Sini ada banyak pengajaran.

    Pengajarannya, rajinkan baca berita. Tinggalkan tabiat baca material lucah. Selamatkan otak dari diracuni pornografi. Anda mampu jadi lebih baik dari semalam.

     

    Zeeda Aziz

    Director at Empowering Survivors of Multi Abuse Trauma

    Administrator at Cancer Survivor Malaysia

    What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *