8 Tanda Kanser Payudara Yang Wajib Anda Pelajari

tanda kanser payudara



  •   Tanda-tanda kanser payudara yang sering kita dengar adalah dengan munculnya ketulan disekitar payudara yang mengganggu ketenteraman seorang wanita. Ukuran ketulan itu bermula dengan saiz kecil sehinggalah menjadi besar.

    Berdasarkan statistik kanser payudara, sebanyak 1 daripada 20 orang wanita di Malaysia berpotensi untuk mendapat kanser payudara. Hal ini demikian menyebabkan wanita sangat takut dengan kanser ini dan betapa pentingnya anda sebagai wanita untuk mempelajarinya.   Berikut adalah tanda-tanda kanser payudara:

    #1 Terdapat Ketulan Di Sekitar Payudara

    Ini adalah tanda yang paling awal tetapi tidak semua ketulan adalah ketulan kanser payudara. 

    a. Tanda mungkin bukan kanser

    • ketulan akan hilang selepas haid
    • ketulan lembut
    • ada beberapa ketulan di payudara
    • terdapat ketulan di payudara sebelahnya

    b. Tanda yang mungkin kanser

    • ketulan terasa keras
    • ketulan hanya ada satu
    • kulit payudara mengecut
    • keluar cecair lelehan dari ketulan tersebut
    • tidak ada ketulan di payudara sebelahnya

    Ketulan kanser payudara boleh didapati di ketiak. Segera berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

    #2 Keluar Cecair Daripada Payudara Secara Tiba-tiba

    Apabila anda bukan di dalam tempoh penyusuan anak anda, jika cecair keluar dari payudara anda, maka anda haruslah kenal pasti. Terdapat 2 jenis cecair:

    Cecair Jernih 

    Cecair ini tidak mempunyai warna atau jernih. 

    Kanser masih dalam peringkat awal dan masih boleh diubati dengan cepat.

    Cecair Bercampur Darah

    Cecair berwarna merah seperti darah atau boleh juga berwarna coklat. 

    Kanser ini berada di tahap kritikal dan mesti segera mendapatkan rawatan.

    #3 Warna Kulit Payudara Menjadi Merah

    Tanda ini mempunyai tanda khas iaitu apabila disentuh akan terasa hangat. Tambahan pula, boleh juga didapati bengkak di bahagian yang berwarna merah tadi.

    #4 Terasa Gatal Pada Puting Payudara

    Kadang-kadang rasa gatal ini menyeksakan dan kadang-kadang tidak. Selain itu, kulit disekitar payudara juga akan mengelupas dan ini sangatlah sakit. Pada tahap ini, segeralah mendapatkan rawatan.

    #5 Saiz Payudara Tidak Sekata

    Maksudnya seperti gambar di atas. Sebelah payudara besar manakala sebelah lagi kecil. Kadang-kandang boleh juga terjadi sebelah layut dan sebelah lagi sado (keras).

    What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *