“Rogol Sebenarnya Salah Siapa?” – Victim Blaming Perbuatan Keji

Tak ada logik dalam dunia ini yang mengatakan jenayah rogol disebabkan salah mangsa itu sendiri.

rogol salah siapa



  • Sudah muak apabila mendengar atau meletup isu rogol dan kesalahan seksual, pasti akan berlaku victim blaming. Apa itu victim blaming? Ia adalah perbuatan menyalahkan mangsa apabila berlaku kejadian buruk terhadapnya. Yang paling fenomenal di Malaysia adalah berkaitan jenayah rogol dan cabul. Anda rasa ia bertitik tolak dari apa sebenarnya? Rogol salah siapa? Tidak memenuhi tuntutan agama (bagi yang beragama), kurangnya didikan moral, atau mempunyai masalah mental?

    rogol salah siapa

    Soffea Rahim membahaskan:

    Hari ini jenuh aku berdebat dengan orang berkenaan rogol. Antara hujah mereka adalah orang perempuan seharusnya lebih berhati-hati, tak keluar malam, tak keluar dengan lelaki bla bla bla. Kalau dah keluar malam dengan jantan memang ‘padanlah kena’, kata mereka.

    Orang sebegini tak sedar, dia sedang ‘victim blaming’. Apa yang dia buat menguatkan lagi ‘rape culture’. Apabila berbicara berkenaan jenayah rogol, dan tumpuan diskusi adalah berkaitan ‘apa yang perempuan sepatutnya lakukan untuk mengelak dirogol’, maksudnya kita sudah memberi perogol tu semua ‘free pass’. Kita menganggap mereka adalah manusia yang tiada ‘sense of self control’, jadi mereka (perogol) tak perlu bersifat ‘accountable towards their own crime’.

    Aku nak tanyalah kan pada orang yang rasa mengunci anak dara di rumah tu suatu penyelesaian kepada rogol.. Jom kita lihat statistik sekejap?

    93% jenayah rogol adalah dalam kalangan orang yang dikenali. 25% oleh boyfriend/ex/spouse, 34% oleh AHLI KELUARGA SENDIRI, dan cuma 7% sahaja dilakukan oleh orang yang tak dikenali mangsa.

    Maksudnya apa? Rogol lagi banyak berlaku DALAM rumah. Lebih 90% kejadian rogol dilakukan oleh orang yang mangsa percaya!

    So tell me, what are you going to tell your daughters? Don’t go out with men, their dads included? Don’t have even 1 male friend? Mistrust ALL men because ALL are potential rapists? Sure! Teach your daughters to be scared and paranoid of men instead of demanding men to be upright moral beings capable of control. That’s how we solve rape issues, yes?

    Rogol ni benda simple je nak faham.

    Rogol adalah salah perogol 100%.

    Tiada satu kondisi pon di mana ia boleh jadi “salah dua-dua”. Kenapa? Sebab rogol adalah pilihan dan tiada siapa pun meminta untuk dirogol. Rogol bukanlah suatu metod utk mengajar perempuan. Fahaman sebegitu adalah GILA. Nak selesaikan rogol ni cuma ada satu cara sahaja yang boleh betul-betul cantas ‘root cause’ iaitu mendidik anak lelaki untuk menghormati perempuan.

    Akhir kata, saya mohon sangat sangat, orang lelaki jangan hina diri sendiri dengan mengatakan kalian tiada kuasa atas nafsu sendiri. Jangan samakan diri kalian dengan binatang. I respect men. But I see so many of them don’t have respect for themselves.

    #donerant

    Sumber, dengan izin, of course.

    Wanitakini: *standing ovation* (Kami recommend untuk lihat ruangan komen ini)

     

    Hentikan victim blaming! Tiada siapa yang ‘layak dirogol’. Tak sepatutnya pun ada istilah itu:

     Dan bacalah pendapat Tuan Mufarwa Farid ini:

     Inisiatif untuk Kempen Anti-Rogol yang telah dianjurkan oleh ADUN Damansara Utama, YB Yeo Bee Yin:

    Tweet Ini:

    Wanitakini:

    Selagi tak berubah cara berfikir dari sistem patriarki, selagi itu rape culture akan berterusan dan selagi itu masalah jenayah rogol tak dapat diselesaikan di Malaysia. Hentikan victim blaming. Fokus kepada pesalah laku itu. Noktah!

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *