Punca Anak Tidak Mendengar Kata?

Apa lagi yang tidak kena?

punca anak tidak mendengar kata



  • 5 PUNCA ANAK TIDAK MENDENGAR KATA

    Alahai, stressnya rasa jika apa yang kita katakan, pesan atau nasihat tapi anak tidak mendengar. Jika kita sudah berulang kali menyatakan perkara yang sama, namun masih tidak memberi kesan, apa lagi yang tidak kena?

    Dengan memahami 5 sebab ini, In Shaa Allah, kita akan lebih tahu apa yang sepatutnya dan bagaimana harus kita tangani isu-isu bersama anak-anak.

    1. Ibubapa tidak mentaati cakap datuk atau nenek mereka.

    Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui tauladan. Jangan lupa, anak-anak kita punya mata dan sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Kuasa tindakan lebih besar dari kata-kata. Apa yang kita lakukan sebagai ibubapa kebiasaannya lebih mudah diikuti anak-anak berbanding apa yang kita pesan atau katakan pada anak-anak. Betul?

    2. Dia punya idea sendiri dan mahu didengari ideanya.

    Walaupun idea anak kita tu kelihatan agak kelakar, pada langkah awal, dengar dan raikan dulu. Ini akan buat anak, rasa dirinya berharga dan dihargai. Begitu juga kita kan, andaikata idea kita tidak masuk akal, tapi jika ada yang sudi mendengar penjelasan kita, seronok juga kan?

    3. Tidak menberi perhatian pada apa yang nak disampaikan.

    Bila anak-anak menyampaikan sesuatu perkara, kita buat endah tak endah. Kadang tu, anak bercerita dengan penuh perasaan, tapi kena pula masa tu kita sibuk di dapur atau dengan telefon bimbit. Sudahnya, anak pun sudah tidak mahu bercerita apa-apa pada kita kerana kita tidak peduli apa yang dia mahu ceritakan. Kasihan.

    4. Tidak memahami apa yang disampaikan (faktor usia melibatkan kematangan akal)

    Hal ni selalu juga terjadi. Soalan kita pada anak, soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Tak searas dengan perkembangan akal anak. Alahai, memang jenuhlah anak tersebut mahu memahami. Akhirnya, anak dikatakan tidak mendengar cakap, walhal kita sendiri memberi nasihat atau soalan yang tak searas dengan perkembangan akalnya.

    5. Menyelamatkan diri

    Ada juga anak yang bijak ni, pura-pura tidak mendengar cakap kita kerana mahu menyelamatkan dirinya. Dia juga pandai, mencari jalan mahu menyelamatkan dirinya dari dimarahi oleh ibubapanya. Kadang tu, ada sesetengah soalan tu, kita harus bijak tune supaya tidak menjadi soalan yang seperti soal siasat.

    Bagaimana? Agak-agak makin jelas tak kenapa anak-anak tidak mendengar kata?.

    Pentingkan belajar berkomunikasi yang betul dengan anak dan kita sendiri harus memperbaiki banyak perkara. Teruskan menimba ilmu, ilmu parenting, komunikasi (neuro Semantic NLP ), pengurusan emosi, playtherapy dan banyak lagi..

    ~Olahan ilmu Ibu Rose~

    Yasmin Sari – Team Ibu Rose“>Sumber

    Lihat juga:

    Masalah Tingkah Laku Anak: Puan Maryam Jamadi Berkongsi

    Drama Melayu Terbaik Sepanjang Zaman

     

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    18 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 100.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *