“Lebih Menyedihkan, Yang Perkosa Mereka Itu Darah Daging Mereka Sendiri”

perkosa anak



  • Kerapkali cuping telinga kita disinggahi berita yang tidak enak didengari berkenaan generasi muda masa kini. Mereka yang baru berusia belasan tahun sudah beberapa kali melakukan seks. Apa puncanya? Ikuti perkongsian oleh Akhi Fairuz ini:

    Antara soalan favourite yang sering aku ajukan kepada adik-adik sekolah rendah adalah, : “Kita dilahirkan dari bahagian mana dari tubuh badan mak kita?”

    Majoriti pelajar lelaki akan menjawab : “Bontot!” Suara kuat ya ampun. Mungkin gemanya sampai ke bilik guru. Tak kurang juga pelajar perempuan, segelintir mereka was-was untuk menjawab vagina atau faraj bila pelajar lelaki sebulat suara menyebut lubang najis itu.

    Maka, aku akan terangkan satu persatu tentang dubur, faraj serta zakar. Aku ceritakan ia sejelas yang mungkin sehingga adik-adik ini tak rasa lucah apa yang aku sampaikan.

    Bukan apa Tuan Puan, ada di antara mereka berusia 12 tahun. Tahun depan sudah masuk Tingkatan 1. Namun mereka langsung tak tahu bagaimana manusia ini dilahirkan.

    Remaja Perempuan Tidak Tahu Fungsi Faraj

    Sebab itu bila remaja lelaki dan perempuan menjadi mangsa sex grooming melalui dunia nyata atau di media sosial, mereka mudah ditipu dan akan follow sahaja apa yang diajar oleh predator entang seks.

    Tahukah Tuan Puan, ada anak-anak kita terutamanya perempuan tidak tahu fungsi farajnya. Ibubapa tidak pernah bercerita ia bahagian yang wajib dijaga, tidak boleh disentuh oleh sesiapa, fungsinya serta mereka boleh hamil jika air mani lelaki dimasukkan ke dalamnya melalui zakar.

    Hubungan Seks Dianggap Tiada Kesan

    Bila kita baca laporan berita melibatkan kanak-kanak berusia 12 atau 13 tahun hamil luar nikah, jangan sekali-kali kita menuduh mereka gatal, gedik atau maki hamun.

    Ada diantara mereka yang tak tahu pun apa yang mereka lakukan itu perhubungan seks. Mereka langsung tak tahu jika ada air mani lelaki masuk ke dalam faraj, mereka akan hamil.

    Lebih menyedihkan, andai yang perkosa mereka itu darah daging mereka sendiri. Bila dirogol, maka predator ini akan suruh diam, jangan bagi tahu sesiapa serta mengugut untuk pukul atau bunuh budak ini.

    Lebih malang lagi, jika si pemangsa bagi tahu pada si kecil ini adalah satu games, permainan. Ia seronok untuk dilakukan. Akhirnya, kata-kata itu ditanam kukuh dalam minda kanak-kanak.

    Sebab itu saya sering kongsikan agar mak bapak tolonglah ceritakan pada anak-anak perihal kesihatan reproduktif. Berkomunikasilah sesama anak-anak. Takkan mesej di group wassap kemain cepat kita balas, tetapi persoalan dan pertanyaan anak kerap kita abaikan.

    Beberapa hari lagi bakal masuk tahun baru, 2018. Anak-anak kita akan semakin bertambah usianya. Sel-sel otaknya pula bakal berhubung antara satu sama lain. Pasti pelbagai soalan yang akan diajukan kepada kita nanti.

    Lebih Baik Ibu Bapa Yang Menerangkan

    Cuma, tolong sangat bila anak-anak tanya pasal seks, kita jawab “Dah besar nanti kau tahulah.” atau “Kenapa kau tanya pasal ni? Dah buat apa-apa ke?”

    Ketahuilah, jika itu jawapan yang diberikan, maka mereka akan bertanya profesor serba tahu, Mr Google atau individu yang tak dikenali dalam Wechat, Instagram, Twitter, Facebook dan media sosial yang lain.

    Kedua ‘guru’ ini akan mengajar secara ‘terperinci’ apa itu seks sehinggalah anak kita ‘pandai’ dan ketagih.

    Akhi Fairuz Al-Jengkawi,

    Ingat-mengingati amalan mulia.

    #TukangCeramahBudakSekolah

    ========================================

    Saya menerima apa jua jemputan dari pihak sekolah, kolej, universiti, NGO, syarikat atau apa jua organisasi untuk menyampaikan topik ini. Boleh PM saya ya. Terima kasih.

    Dengan izin: Saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi 

    Wanitakini.com: Lebih baik ibu bapa yang menerangkan persoalan seks dan anggota sulit kepada anak-anak sendiri. Dunia sudah terlalu terbuka untuk biarkan mereka cari jawapan sendiri.

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    16 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *