Pengaruh Media Menyebabkan Anak-Anak Menjadi Ganas? Rupanya Ini 7 Sebabnya..




  • Menurut American Academy of Pediatrics

    anak-anak usia pra sekolah yang menonton kartun selama 2 jam sehari, terdedah kepada 10 000 insiden keganasan setahun melalui kartun.

    Manakala anak-anak yang ‘average’ tontonannya menyaksikan 8000 pembunuhan dan 200 000 aksi ganas sepanjang usia sekolah rendah.

    Cerita-cerita aksi dan lasak yang menjadi pilihan remaja dan anak muda hakikatnya memaparkan 7 elemen ini.

    1. 1/3 dari watak jahat dan ganas tidak dihukum.

    2. 70% dari watak ganas ini tidak menunjukan sedikit pun rasa bersalah atau menyesal ketika melakukan keganasan.

    3. 50% aksi ganas ini menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang kesakitan.

    4. 40% aksi keganasan ini disertakan dengan lawak jenaka.

    5. 40% watak ganas dipegang oleh pelakon yang ‘attractive’ dan ‘hero-type’ – sado dalam bahasa kita.

    6. Kurang dari 5% cerita ganas menyampaikan mesej anti-keganasan.

    7. Kebanyakan aksi ganas dipaparkan sebagai satu keperluan dan tidak menyakitkan.

    Ini statistik di Amerika Syarikat. Apakah pula yang ditonton oleh anak-anak Malaysia melalui media dan skrin?  Adakah berbeza dari anak-anak di Amerika?

    Cuba kaitkan 7 ciri-ciri di atas dengan insiden keganasan di kalangan remaja yang berlaku dalam negara kita sendiri. Tidak hairanlah perbuatan mereka seakan tidak ada akal.

    Memantau apa yang ditonton oleh anak-anak tidak kira kecil atau remaja adalah juga sebahagian dari ‘parenting’.  

    Children See Children Do!”

    *(Sumber: M.Borba: Building Moral Intelligence) Dari Facebook Noor Afidah Abu Bakar

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%