Pemasaran Industri Makanan Dan Obesiti Memberi Impak Dalam Kehidupan Kita




  • Banyak Iklan Muncul Di Rancangan TV

    Hari ini, semasa tayangan kartun kegemaran kanak kanak, Doraemon atau mana mana rancangan kanak kanak di televisyen , anda boleh mula perhatikan iklan iklan yang muncul.

    Baru sahaja 10 minit tayangan Doraemon bermula, telah muncul iklan snek Appolo. Kemudian muncul pula iklan McDonald dengan promosi burger istimewa sempena Tahun Baru Cina.

    Ibu Ayah Sekalian..

    Tuan tuan dan puan puan sekalian,

    Iklan iklan ini bukan muncul secara percuma. Industri makanan telah membelanjakan kira kira 10 sehingga 15 billion USD setiap tahun untuk memasarkan produk makanan dan minuman kepada kanak kanak.

    Iklan iklan yang muncul untuk tatapan kanak kanak ini, hampir kesemuanya didominasi oleh produk makanan tidak sihat (34 peratus untuk gula-gula dan makanan ringan, 28 peratus untuk bijirin, 10 peratus untuk makanan segera, 4 peratus untuk produk tenusu, 1 peratus untuk jus buah, dan 0 peratus untuk buah-buahan atau sayur-sayuran)

    Kanak-kanak hari ini, berumur 8 hingga 18 tahun, menggunakan pelbagai jenis media dan menghabiskan lebih banyak masa (44.5 jam seminggu) di hadapan komputer, televisyen, dan permainan daripada apa-apa aktiviti lain dalam kehidupan seharian.

    Malangnya, kebanyakan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dapat membezakan antara pengaturcaraan dan pengiklanan , dan kanak-kanak di bawah umur 8 tahun tidak memahami niat pengiklanan secara persuasif. Ini menyebabkan apa sahaja yang di tayangkan di ruangan iklan akan diterima oleh minda dan tertanam sebagai satu kepercayaan. Dalam bahasa mudah, kanak kanak lebih mudah terpengaruh dengan segala agenda yang dipasarkan oleh industri makanan.

    Pendedahan kanak-kanak terhadap iklan TV untuk produk makanan tidak sihat (iaitu, makanan berkalori tinggi, makanan ringan berkhasiat rendah, makanan cepat saji dan minuman manis) adalah faktor risiko yang signifikan untuk obesiti. Kajian telah membuktikan perkaitan yang kuat antara peningkatan pengiklanan makanan yang tidak berkhasiat dan kadar obesiti kanak-kanak.

    Penyelidikan lain mendapati bahawa kanak-kanak yang menonton lebih daripada tiga jam televisyen setiap hari adalah 50 peratus lebih mungkin menjadi obes daripada kanak-kanak yang menonton kurang dari dua jam.

    Ya, tidak di nafikan terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masyarakat kita semakin gendut saban hari. Pemasaran hebat makanan yang mengandungi kandungan gula, garam, lemak dan kalori tinggi merupakan salah satu daripadanya.

    Kerajaan bercadang memperkenalkan polisi

    Oleh itu, kerajaan telah bercadang untuk memperkenalkan polisi baru untuk mengawalselia dan mengehadkan pengiklanan produk makanan ini dan cadangan polisi baru kesihatan ini tidak mustahil untuk di realisasikan sekiranya mendapat sokongan baik masyarakat.

    Tips Untuk Ibu Bapa

    Cuba fikirkan,

    Adakah kunjungan anda ke restoran makanan segera hari ini kerana terliur dengan iklan yang memaparkan burger enak yang disalut keju dan tawaran mainan percuma dengan setiap menu hidangan?

    Jika ya, maksudnya anda merupakan sebahagian dari mangsa pemasaran Industri makanan yang menjerat anda untuk ke restoran makanan segera.

    Memang benar makanan makanan tidak berkhasiat ini tidak merangkak dan melompat masuk kedalam mulut anda dengan sendiri. Tetapi mereka telah mempengaruhi dan meresap masuk ke minda anda (tanpa anda sedari!) menerusi iklan dan pemasaran yang telah di paparkan di media.

    Bagi menangani isu ini, masyarakat disarankan untuk mula ‘sedar’ akan kewujudan pemasaran produk makanan tidak sihat ini di media dan cuba memikirkan impak pemasaran produk tersebut kepada pemilihan hidangan sajian keluarga setiap hari.

    Sebaik baiknya, cuba kuurangkan dan kawal bahan media tontonan yang di dedahkan kepada kanak kanak. Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk kanak kanak dan remaja.

    Menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat (iaitu penggunaan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu rendah lemak atau bukan lemak atau produk tenusu, daging tanpa lemak, ayam, ikan, dan kacang) dan mempromosikan aktiviti fizikal.

    Ingat, anda boleh mempunyai pengaruh terbesar pada kesihatan anak-anak anda.

    Tamatkan #konspirasigula

    Public Health Malaysia

    Selain kita memilih apa yang masuk di dalam mulut kita dan anak-anak kita, kita juga mampu untuk memilih rancangan yang baik untuk anak-anak kita, kerana kepintaran anak bukan sahaja tergantung pada apa yang dia makan tetapi apa yang dilihat juga. Mudah mudahan kita menuju ke arah menjadi masyarakat yang sihat dan bijaksana.

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    12 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *