Pemangsa Pedofilia Berkopiah, Penceramah Ini Dedahkan Ancaman Sebenar Di Malaysia

Pemangsa pedofilia dan berkopiah – mana nilai akhlak dan maruah?

pemangsa pedofilia berkopiah



  • Kenapa aku selalu sangat tulis pasal cabul, rogol, sex grooming, pornografi dan lain-lain? Salah satu sebabnya adalah aku nak bagi tahu kat luar sana tu sentiasa ada syaitan yang akan merosakkan anak-anak kita.

    Pakai kopiah? Nampak alim? Orang Tua? Jangan mudah terpedaya Tuan Puan. Sexual predator atau pemangsa atau pedofilia (pemangsa pedofilia berkopiah) ini tak mengira umur, latar belakang atau penampilannya.

    Menurut laporan Metro, orang tua kutuk ini mencabul mangsa sejak setahun yang lalu. Bagi menutup mulut kanak-kanak berkenaan, beliau belikan aiskrim. Celaka betul! Maaf, aku benar-benar marah.

    Baca juga: Bagaimana Menjaga Anak-anak Online? Nombor 7 Paling Penting!

    Tuan Puan, pernah dengar kanak-kanak seawal 2 tahun dicabul di rumah pengasuh? Pernah atau tidak kita terbaca laporan berita kanak-kanak dicabul oleh pengawal keselamatan di sekolah? Ada atau tidak kita mendengar kes seorang guru mencabul anak didiknya?

    Tidak terhenti setakat itu sahaja, pernah tak kita mengikuti berita seorang bapa mencabul anaknya sendiri? Bapa saudara mencabul? Abang cabul adik kandung? Atuk cabul cucu?

    Ya Tuhan! Syaitan seperti ini ada di mana-mana sahaja. Kita rasa jika anak-anak berada di rumah sudah selamat, tetapi tidak lagi kini. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita?

    Aku teringat posting Puan Zeeda Aziz minggu lepas. Beliau melihat di depan mata seorang lelaki melakukan sexual harrasment kepada murid Tahun 1 dan 2. Orang lain juga melihat, tetapi buat tak tahu sahaja.

    Boleh jadi mereka anggap biasa andai seorang lelaki dewasa memegang punggung kanak-kanak. Atau boleh jadi masyarakat tak tahu ia satu perbuatan jenayah.

    Maka, Puan Zeeda terus sahaja menemui lelaki itu. Beliau sebut, apa yang lelaki itu buat salah. Jika berlaku lagi, beliau tak teragak-agak untuk report polis.

    Tuan Puan, kesedaran seperti ini perlu ada pada semua orang. Jika tidak, sexual predator ini akan semakin berani. Anak orang lain adalah anak kita juga. Seorang kanak-kanak yang dicabul peritnya turut dirasai oleh kita bersama.

    Oleh yang demikian, izinkan saya berkongsi hal yang ini :

    Perempuan Asia dididik untuk memperlahankan suara dan tidak memberontak. Didikan samada dari pemerhatian (layanan ayah pada ibu), atau dari didikan luar (guru, pengasuh, saudara-mara).

    Apabila perempuan diajar untuk tidak bersuara mempersoalkan sesuatu yang dia tak selesa, atau melawan jika diapa-apakan, pencabulan yang berlaku akan didiamkan.

    Kita yang ajar anak untuk diam. Kalaupun anak mengadu, kita suruh diam-diamkan.

    Jadi, bagaimana nak mengubah ini? Perempuan yang bersuara lantang tidak disukai. Sedangkan itulah yang menyelamatkan mereka dari dicabul, diculik, dipukul, dibuli dan sebagainya.

    Tolonglah didik anak kita agar berani menyatakan salah kepada perkara yang salah. Zaman ini sungguh menakutkan! Syaitan berupa manusia bebas kesana sini mencari mangsa untuk dicabul dan dirogol.

    Baca juga: “Rogol Sebenarnya Salah Siapa?” – Victim Blaming Perbuatan Keji

    Tuan Puan, tolong tekankan dari awal hal ini kepada anak kita: Ajar padanya anggota badan yang tak boleh disentuh oleh mana-mana lelaki (bibir, dada, punggung dan kemaluan). Ia private part yang wajib dijaga walau apapun yang terjadi. Sebutkan juga apa itu sentuhan selamat, apa itu sentuhan tidak selamat.

    Sekiranya ia berlaku, ajar anak-anak untuk jerit, lari dan mengadu.

    Ulanglah ia berkali-kali sampai ia terpasak kemas dalam fikiran anak-anak. Bila anak mengadu mereka dicabul, jangan didiamkan. Maklumlah, yang buat jahat tu Atuk Kandung. Mak ayah kena fight walau apa jua yang bakal terjadi.

    Jika kita tak bersedia lebih awal, jangan hairan andai akan datang keluar lagi laporan akhbar yang baru dengan anak kita yang menjadi mangsa! Nauzubillah.

    Akhi Fairuz Al-Jengkawi
    #TukangCeramahBudakSekolah

    =================
    Inshaallah, saya akan mengupas topik ini bersama kanak-kanak dan para remaja di Masjid Ar-Rahimah, Greenwood minggu depan. Boleh hubungi Puan Ukhtie Khaulah Azwar untuk pendaftaran dan pertanyaan.

    Wanitakini: Pemangsa pedofilia, berkopiah atau pun tidak, boleh datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Jaga dan didiklah anak kita dengan lebih berhati-hati.

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    2 Pings & Trackbacks

    1. Pingback:

    2. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *