Gerakan Pedofilia : Berapa Ramai Bilangan Mereka Di Malaysia?

Pedo-phile Is Real, ahli mereka bertambah ramai.




  • Pedofilia diangkat menjadi istilah yang merujuk kepada masalah kesihatan mental pada tahun 1950-an. Ia bermaksud berminat atau tarikan seksual terhadap kanak-kanak

    Tidak semua yang melakukan jenayah seksual kepada kanak-kanak ada penyakit pedofil dan tidak semua penyakit pedofil ini melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak

    Pemangsa kebanyakannya lelaki, dan ada segelintir sahaja perempuan. Jarak umur pemangsa dan mangsa adalah 5 tahun. Jika remaja 15 tahun mleakukan jenayah seksual kepada kanak-kanak 12 tahun, ia tidak dikatakan pedofil kerana jarak umur tidak sampai 5 tahun atau lebih, tetapi ia tetap satu jenayah.

    Gerakan Pedofilia

    Mutakhir ini jumlah individu yang terlibat dengan jenayah ini semakin membiak dan aktif seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sehinggakan wujudnya sebuah komuniti yang  menyebarkan bahan-bahan pornografi  melibatkan kanak-kanak bawah umur. Tanpa rasa bersalah dan malu mereka berseronok bagaikan tiada perasaan berdosa langsung.

    komuniti manusia 'iblis' yang rakus terhadap kanak-kanak
    komuniti manusia ‘iblis’ yang rakus terhadap kanak-kanak

    Ada segelintir manusia yang budiman menyatakan pendapat mereka, golongan seperti ini perlu kita dakwahi dan santun bukan mengutuk, mencela dan sebagainya.

    Benar !!

    Pendapat kau tepat sekali wahai kaum yang budiman, memang kita perlu akan tetapi mereka sudah ada ‘komuniti’ dan kumpulan terdiri daripada ahli-ahli yang berkopiah, bertali leher dan berpelajaran. Saya masih tidak dapat menerimanya.

    Apabila kita sentuh mengenai komuniti, tentulah mereka ada medium untuk berbincang, memuat naik dan sebagainya terutamanya di media-media sosial yang mana memudahkan lagi gerak kerja mereka pada zaman sekarang.

    Mereka hari ini semakin berani secara terang-terangan menanyangkan aktiviti durjana mereka. lebih menjijikkan ia melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

    Pemikiran yang dangkal !

    Golongan ini seolah-olah tidak dapat berfikir dengan rasional sekiranya perkara yang sedemikian rupa terjadi keatas anak-anak mereka sendiri.

    Baca jugaPemangsa Pedofilia Berkopiah, Penceramah Ini Dedahkan Ancaman Sebenar Di Malaysia

    Bukti Disembunyi Dengan Licik

    Kerakusan Pedofilia di group wassap tanpa rasa diri berdosa
    Kerakusan Pedofilia di group whatsapp tanpa rasa diri berdosa

     

    menyebarkan gambar kegiatan jijik mereka, bangsat!
    menyebarkan gambar kegiatan jijik mereka, bxngsxt!

     

    Bayangkan jika anak-anak kita diperlakukan sebegini sungguh aku tidak sanggup.
    Bayangkan jika anak-anak kita diperlakukan sebegini sungguh aku tidak sanggup.

     

    Baru-baru ini terdapat beberapa perkongsian mengenai isu pedofilia dibincangkan oleh aktivis terkenal di Facebook antaranya Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Auni Ameera, Nurul Luna Asyikin, Mohd Fadhli telah dihilangkan dari ‘timeline’ mereka.

     

    Tokoh-tokoh Ini cuba menaikkan isu ini semula melalui penulisan ilmiah di facebook mereka kerana merasakan isu ini boleh mengugat keamanan negara pada masa akan datang.

     

    Namun, terdapat beberapa individu berjaya menyembunyikan bukti-bukti kegiatan mereka. Tak sangka, dalam kalangan mereka terdapat juga yang handal dalam bab-bab ‘hacker’.

    Fakta ini belum dikenal pasti sama ada perkara ini dilakukan daripada pihak mereka ataupun pihak Facebook sendiri.

     

    Fakta Dan Bukti

    • Cyber security telah mengesan satu kegiatan Cyber sexual grooming
    • Cyber Forensic juga ditugaskan untuk menganalisa bahan bukti tersebut dan membuktikan kandungan ada unsur porno.
    • Suspek akan ditangkap berdasarkan bukti digital tersebut.
    • Kes ini sangat kurang di Malaysia berbanding kejadian yang berlaku diluar negara, sangat banyak.
    • Pemangsa boleh melakukan pedofil tanpa menyentuh mangsa (secara realiti).
    • Rakyat Malaysia kurang pendedahan tentang bahaya internet
    • Seorang pedofil kebiasaannya menjumpai seorang kanak2 perempuan dilaman sosial, lalu mereka berkawan (friend), lama kelamaan mereka akan berani untuk mengarahkan kanak2 tersebut buat aktiviti seperti yang mereka mahukan.
    • Mereka cenderung untuk menyimpan bahan lucah di dalam laptop. Kemudian mereka kongsi dengan jaringan mereka yang ramai.
    • Jaringan penjenayah pedofil ini mencecah 750 000 jaringan. Mereka dapat melayari video tersebut secara bebas.

    Ibu bapa perlu memantau anak-anak di internet untuk mengelakkan masalah ini berleluasa.

     

    Langkah Berjaga-Jaga

    1. Kita tidak boleh salahkan genetik semata-mata untuk isu ini, persekitaran adalah faktor besar.
    2.  Ancaman gambar di media social

      Hati-hati apabila upload gambar di media sosial

       

    Baca juga :  Bagaimana Menjaga Anak-anak Online? Nombor 7 Paling Penting!

    Kesimpulan

    Isu ini perlu kita ditangani bersama

    Prihatinlah wahai ibubapa, guru-guru dan penggubal polisi. Ambil tahulah.
    Sejauh mana sesuatu masyarakat itu melindungi keselamatan anak-anak melalui kesedaran, polisi dan undang-undang, membuktikan sejauh mana masyarakat tersebut menghargai kanak-kanak.

     

    Agama islam penyelesaian kepada semua. Di dalam Alquran, Islam telah mengajar adab-adab seperti lelaki dan wanita diajar utk menjaga pandangan, menutup aurat, adab memasuki bilik ibu bapa dan sebagainya.

     

    Marilah juga kita sama-sama ‘connect’ dengan anak-anak remaja supaya mereka tidak menjadi seorang pedophile. Semoga Allah melindungi anak-anak kita yang merupakan amanah dari Allah swt.

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%