Pedofilia: Benar Atau Sekadar Omong-Omongan?




  • (PENTING! Sila baca sampai habis demi anak-anak anda tercinta)

    Zaman kini kita sering terdengar perihal golongan ini di saluran media massa. Benar! Golongan ini memang benar wujud. Cumanya kita tidak tahu siapakah mereka yang tergolong dalam golongan ini. Boleh jadi dia daripada kaum kerabat kita.

    Boleh jadi juga dia daripada mereka yang berada di sekeliling anak-anak kita.

    Pernah nampak berita-berita begini?

    Jadi di sini kami, Wanitakini.com ingin berkongsi bersama anda mengenai tips bagaimana untuk menjauhi Pedofilia hasil nukilan menarik dari Dr Taufiq Razif

    https://www.facebook.com/taufiq.razif?fref=nf

    Tips Jauhi Pedofil

    Saya ada rahsia nak bagitahu korang ni. Ada cara nak cam orang Pedofil ni. Biasanya seorang pedofil ni sangat pandai menjaga rahsia dia. Biasanya mereka ni sangat kelihatan warak dan baik. Mereka nampak sangat penyayang dengan budak-budak. Selalu belikan gula-gula dan hadiah kat budak-budak dan pandai pujuk rayu mereka. Tanpa kita sedar mungkin mereka sedang menghidap penyakit mental sukakan kanak-kanak yg belum baligh. Sebab tu sebagai parent kita kena tahu tips ni :

    1. Bagitahu anak kita takde siapa boleh sentuh area kemaluan dia walaupun orang terdekat dalam keluarga.

    2. Biasakan dengar mereka mengadu dan tunjukkan yang kita amik berat dengan aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara yg kecil.

    3. Ajar anak untuk berkata TIDAK jika ada orang lain yg minta mereka buat benda yang aneh dan menyakiti mereka.

    4. Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yg bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sedang dipengaruhi oleh Pedofil.

    5. Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.

    6. Jangan post gambar anak kita dalam keadaan berpakaian seksi walaupun mereka masih kanak kanak! Memang ada laman web lucah kanak kanak yg suka cari gmbar kanak kanak yg ‘seksi’ untuk menjadi bahan tatapan dan perbincangan mereka. Richard Huckle yang saya cerita tadi tu simpan 20 000 gambar kanak-kanak sebagai koleksi!

    7. Pastikan henset anak kita jenis yang takde aplikasi instant messanger seperti Whatsapp, WeChat dan lain2. Cukup la dengan sms dan call biasa je.

    8. Kalau anak nak pakai juga internet dan apps yg lain pastikan kita dah install apps untuk monitor aktiviti anak kat henset tu. Contoh apps yg korang boleh download kat Google Play atau Apple Store utk mengawasi henset anak korang:

    • Kids Place – Parental ControlII. 
    • Abeona – Parental Control & Device MonitorIII. 
    • Screen Time Parental ControlIV. 
    • Parental Control Board

     

    Alert Tentang Penyakit Mental Ini!

    Saya mohon sangat-sangat korang amalkan tips yg saya bagi kat atas ni sebagai langkah berjaga jaga dengan orang yg ada penyakit pelik ni.Kalau ikut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) pun pedofilia ni termasuk dalam kategori Paraphilia, sejenis bentuk penyimpangan seksual. Korang jangan pelik ada orang yang berkahwin dengan patung la, ada yang suka skodeng orang la, ada yang suka curi pakaian dalam orang la sebab memang semua ni termasuk dalam kategori Paraphilia tu la. Ya, sejenis penyakit mental!

    Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih kepada Dr Taufik Razif atas perkongsian tips beliau. Baca juga: https://wanitakini.com/pemangsa-pedofilia-berkopiah/

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%