Otak Anak-Anak Macam Span : Cara-Cara Terbaik Demi Membantu Perkembangan Anak-Anak

Open list
4 submissions already



  • Kadang-kadang saya risau dengan tips-tips yang berlegar-legar di media sosial,

    “Tips anak berjalan umur 7 bulan””Tips anak pandai membaca umur 2 tahun” “Tips anak pandai mengira umur 3 tahun””Tips anak pandai menulis umur 4 tahun”

    Siap ada tips ajar anak membaca seawal umur 6 bulan dengan menggunakan buku, flashcard dan DVD, yang ini saya paling tak setuju dan sangat membahaya kerana menganggu proses perkembangan otak anak.

    Ya, otak anak macam span boleh menyerap segala benda yang diberikan. 80% perkembangan otak anak adalah semasa umur bawah 2 tahun.

    Tetapi adakah bayi anda dah bersedia? Macam mana mak ayah tahu anak dah bersedia untuk belajar sesuatu? Jom fahami fisiologi anak

    #1 Survival Diri

    Bayangkan kita pergi ke planet lain seorang diri, udara yang lain, persekitaran lain, makanan dan minuman yang lain dan graviti yang lain. Agak-agak apa benda penting yang kita kena belajar?

    Sudah tentulah survival diri dahulu, seperti:

    - Macam mana nak berjalan di tempat yang berlainan graviti? Terbang? Meniarap?- Siapa orang sekeliling? - Apa rasa makanan dan minuman disini? - Bunyi apa itu, bunyi apa ini? - Kita mesti tertanya-tanya apa itu dan apa ini dan cuba nak sentuh.

    Bila kita dah percaya dengan persekitaran sekeliling barulah kita belajar ciri-ciri lain setiap benda dengan lebih terperinci contohnya perbezaan warna, bentuk, permukaan dan sebagainya. Samalah situasi anak yang baru lahir sehingga umur 2 tahun.

    Tahap anak berumur bawah 2 tahun adalah tahap dimana anak belajar untuk mengenal persekitaran dengan menggunakan anggota badan iaitu melalui sistem deria. Bukannya hanya belajar menggunakan 2 deria sahaja sepanjang hari apabila menggunakan gadget atau DVD (visual dan auditori).

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #2 KENAL DAHULU BARU HAFAL

    Dah banyak sangat kes yang saya jumpa, masalah anak hanya menghafal tetapi tak pandai apply. Masalah bukan sekarang tetapi di masa akan datang. Menyebabkan kes-kes dibawah:

    I. WARNA

    Bila tunjuk buku, boleh sebut warna dengan betul tetapi bila tanya baju yang dipakai warna apa, diam.

    II. ABC

    Boleh menyanyi dan menyebut "A for apple, B for Ball, C for Car" dengan lantang dan yakin tetapi bila tanya dan tunjuk buah epal yang betul, diam.

    III. SIFIR 

    Umur 4 tahun dah hafal sifir, bila pusing sedikit soalan terus diam, blur.

    IV. MEMBACA

    Tunjuk perkataan BUKU, boleh sebut dan tahu tetapi bila perkataan BACA. Diam.

    Di atas ini adalah kes anak menghafal tetapi tak faham. Menghafal memang salah satu fungsi otak, tetapi kalau kita hanya gunakan fungsi menghafal tetapi tak develop fungsi yang lain seperti fungsi menyelesaikan masalah, bahasa, fokus, membuat keputusan, mengurus emosi dan sebagainya tak ada baiknya juga.

    Kita tak nak lahirkan generasi PENGHAFAL, tetapi kita nak lahirkan generasi PEMIKIR.

    Apa guna menghafal tanpa berfikir? Samalah kes graduan/ pelajar cemerlang tetapi bila berdepan dengan situasi sebenar, pening sebab kemahiran menyelesaikan masalah kurang (problem solving skill).

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #3 “HOMEWORK”

    Big NO NO untuk anak bawah 2 tahun

    "homework" membaca la, "homework" mengira la.....

    Please.. please... mantapkan skil survival dahulu:

    1. Skil makan, minum, pakai baju, berus gigi dan lain-lain.

    2. Perkataan harian yang penting (50 perkataan).

    3. Motor kasar (berjalan dengan betul, melompat, baling dan sepak bola)

    4. Motor halus (melukis garisan tegak, menconteng dan kemas mainan masuk dalam bekas)

    Kalau semua di atas belum pass, jangan nak "mengada" sibuk buat homework ajar membaca atau menulis ya

    Kalau anak dah pass semua yang diatas, tahniah! Dah boleh pergi ke peringkat seterusnya iaitu belajar kata sifat pula

    Saya tak rasa semua orang kena ikut cara saya, sebab semua orang ada pendapat dan cara yang tersendiri. Tetapi disebabkan saya banyak jumpa mak ayah yang dah tersilap langkah dan menyesal. Jadi nasihat saya, guna sahaja apa-apa tips yang dijumpai tetapi jangan sampai melanggar fisiologi anak.

    Terima kasih, silakan

    SHARE sekiranya bermanfaat.

    Maryam Jamadi

    Occupational Therapist

    Beyond Home Therapy

    Sumber dari FB Maryam Jumadi

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #4 “TERSALAH SERAP”

    Bagaimana boleh tersalah serap?

    Perkembangan bahasa anak bawah 2 tahun normal adalah antara 0-50 perkataan, kalau lebih dari ini maksudnya anak di kategori "advance".

    Lagi sekali, "otak anak macam span" bayangkan otak anak umpama span yang perlu menyerap satu bekas air. Dalam bekas ada 2 jenis cecair, - Minyak (perkataan ilmiah)- Air (perkataan harian)

    Minyak dekat atas, air dekat bawah. Asyik serap minyak sehingga tak sempat nak serap air dah habis kuota. Samalah juga dengan otak anak. Melainkan otak anak memang genius ada banyak kuota.

    Sama juga dengan skil bercakap, kalau 24 jam didengarkan nursery rhyme, anak akan lebih menyerap bunyi yang lebih banyak didengarkan dan inilah salah satu punca anak lewat bercakap.

    by

    -1 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 100.000000%

    Add your submission

    Image Text Embed

    This field is required

    Drop Image Here

    or

    You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

    Get image from URL

    Maximum upload file size: 2 MB.

    Processing...

    This field is required

    e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

    Supported Services:

    Processing...

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *