Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Malaysia Meningkat Mendadak Sejak Tahun 1996




  • Peratus Kanak-Kanak Gendut

    Tahukah anda, pada tahun 1996 hanya 4.4% populasi di Malaysia mengalami masalah obesiti berbanding prevalen terkini iaitu 17.7% ! Sekaligus, ia menjadikan Malaysia sebagai negara paling obese di rantau ini mendahului negara negara asia lain.

    Bukan sahaja di kalangan dewasa, kanak kanak di Malaysia turut mengikut jejak langkah dengan menjuarai carta kanak kanak paling obes di rantau ini.

    Kajian oleh Persatuan Pemakanan Malaysia mendedahkan bahawa hampir 30% kanak-kanak dan remaja berumur antara 6 hingga 17 memiliki berat badan berlebihan. Kajian yang melibatkan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, menunjukkan bahawa 32.9% pelajar lelaki lebih berat berbanding dengan pelajar wanita pada 24.7%.

    Kanak kanak yang memilihi berat badan berlebihan berisiko untuk menjadi individu yang obese di kemudian hari. Gambar rajah menunjukkan dengan mudah bagaimana kitaran obesiti di kalangan kanak kanak boleh berlaku. Kanak kanak pada asalnya, bertubuh sihat dan cergas.

    Faktor persekitaran seperti pemakanan yang tinggi gula, garam dan kalori menyebabkan pengumpulan lemak dalam badan. Keadaan ini bertambah buruk dengan sikap yang tidak aktif melakukan aktiviti fizikal.

    Sesi persekolahan di waktu pagi di sambung dengan sesi kelas tuisyen sehingga lewat petang menyebabkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan adalah begitu terhad.

    Ramai Kanak-Kanak Tidak Bersarapan Pagi

    Kesibukan ibu bapa juga menyebabkan pemakanan kanak kanak terabai. Menurut kajian, 1 daripada 4 kanak kanak tidak bersarapan pagi. Kesibukan ibu bapa juga menyebabkan keluarga memilih untuk menikmati makanan yang di masak di restaurant yang kebiasaannya memiliki kandungan garam dan serbuk perasa yang tinggi. Minuman yang di pesan di restauran juga kebiasaanya mengandungi paras gula yang tinggi. Lebih mudah dan pantas, restaurant makanan segera menjadi pilihan keluarga.

    Adakah Persekitaran Selamat Untuk Akitiviti Fizikal?

    Kemudian, lihat pula persekitaran kita pada hari ini. Adakah persekitaran tempat tinggal kita selamat dan menggalakkan kanak kanak untuk melakukan aktiviti fizikal? Lihat sahaja kes remaja maut akibat di hempap kerusi di kawasan flat PPRT. Adakah persekitaran yang padat dengan tahap keselamatan yang meragukan itu mampu menggalakkan kanak kanak untuk aktif?

    Kitaran Obesiti Kanak-Kanak

    Merujuk kepada kitaran obesiti kanak kanak, jelas menunjukan bagaimana seorang kanak kanak yang memiliki berat badan berlebihan menyebabkan kanak kanak itu menjadi semakin culas untuk menggerakkan tubuh hatta melangkah naik anak tangga turut menjadi satu bebanan buat mereka. Apabila berat badan semakin bertambah, di tambah dengan faktor psikologi yang menyebabkan sesorang individu mula berasa rendah diri dan tiada keyakinan menyebabkan mereka semakin menjauhi kehidupan aktif dan tidak menyertai aktiviti fizikal bersama teman lain.

    Obesiti dan faktor gaya hidup ini akhirnya menyebabkan komplikasi metabolik tubuh badan, kencing manis, darah tinggi, kolesterol , penyakit jantung dan stroke menjengah tiba.

    Peringatan Untuk Semua

    Ibu bapa dan masyarakat sekalian, sedarlah bahawa ada sesuatu yang lebih bernilai dari bilangan A dan pingat kemenangan yang berjaya di raih anak anak dalam kejayaan akademik iaitu kesihatan mereka. Anda penentu masa hadapan mereka, hentikan kitaran kanak kanak gendut sekarang.

    Tamatkan #konspirasigula

    Sumber dari FB Public Health Malaysia

    Wanitakini juga berpendapat bahawa  memasak dan menyediakan makanan dari rumah adalah lebih sihat. Selain itu, beriadahlah bersama keluarga supaya tidak dibimbangi keselamatan anak diluar sana. Semoga Allah pelihara kita semuanya. Aameen.

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    11 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 2

    Upvotes: 1

    Upvotes percentage: 50.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 50.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *