in

Mesejnya Kasih: Perkongsian dari Ibu Rose

Visual, Auditory Atau Kinesthetic. Jom kita selidik.

cara anak anda belajar



  • Cara pembelajaran anak-anak ada pelbagai. Cara visual, cara auditori (pendengaran), dan cara kinesthetic (pergerakan). Seiring dengan perkembangan manusia, cara ini juga turut berkembang kepada setiap individu – menjadi lebih kompleks semakin kita membesar dan mendewasa. Ikuti perkongsian oleh Ibu Rose:

     

    Visual Learner

    1. Matanya akan suka melihat ke atas, macam tengok sesuatu, sebab dia sedang cuba recall
    2. Dia senang tertarik kepada gambar dan warna.
    3. Dia senang faham jika dia boleh melihat. Kita menunjukkan gambar atau kita tunjuk bagaimana nak untuk melakukan(sesuatu). Pendek kata, jika dia dapat melihat dia akan mudah memahami.

    Namun jika anda mempunyai seminit, maka tanya soalan dan lihatlah anak matanya. Jika melihat ke atas, besar kemungkinan dia adalah visual learner.

     

    Auditory

    1. Matanya ke kiri dan ke kanan, setentang dengan telinga.
    2. Bila kita bercakap dengannya, dia tidak melihat terus pada kita, namun telinganya terarah kepada kita sedikit ; mahu menangkap apa yang kita sampaikan

     

    Kepada ibu bapa sekalian, jika anda memberi nasihat dan anak tidak memandang wajah anda, namun dia menghalakan telinganya ke arahmu. Usah melenting. Bukan dia tidak hormat, sebaliknya dia tidak perlu melihat wajah anda untuk memahami percakapan anda.

     

    Kinesthetic

    1. Kita bercakap dia bergerak.
    2. Satu saat dia melompat, kemudian bergerak kesana kemari. Lebih laju kita memberi nasihat, bertambah lincah pergerakannya. Tidak boleh duduk diam !
    3. Anak itu perlu bergerak supaya dia memahami apa yang anda sampaikan

     

    Kepada ibubapa semua, usah cepat marah sewaktu kita berbicara anak-anak ini bergerak-gerak seolah-olah tidak menghormati kita, kerana dia sedang mendengar kita berbicara. Jika dia berdiam, adalah tanda dia tidak mendengar cakap kita. Anak mata anak-anak kinesthetik learner ini, selalu ke bawah ibarat mahu melihat pada hatinya. Ini adalah kerana dia merasa melalui badan dan hati.

     

    Cara-cara ini boleh diaplikasi pada anak yang berumur 2 tahun ke atas. Selamat mencuba.

    Lihat juga: 8 Tanda Kanser Payudara Yang Wajib Anda Pelajari

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    16 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%