Mati Pucuk Akibat Pornografi

“Semakin kurang keseronokan berbanding pengalaman pertama melihat video lucah.”

Mati Pucuk Akibat Pornografi
Saiyood / Getty Images / Via thinkstockphotos.com



  • Kami kongsikan penulisan Puan Zeeda Aziz yang telah berbicara berkenaan bahaya pornografi dan ketagihannya ke atas kesihatan orang lelaki:

    Kopi Jantan. Minyak Lintah. Urutan batin. Pil Tongkat Ali. Vimax. Pam Zakar. VIAGRA.

    Lelaki zaman sekarang memerlukan salah satu dari produk di atas sebelum menutup lampu bilik tidur. Apa yang sebenarnya berlaku pada lelaki Melayu kita?

    Lebih tiga juta rakyat negara ini mengalami masalah mati pucuk atau erectile dysfunction (ED), kata Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Dr Mohd Ismail Mohd Tambi. Katanya, angka itu berkemungkinan lebih tinggi memandangkan ramai daripada mereka yang mengalami masalah itu enggan mengakuinya atau tidak cuba mendapatkan rawatan kesihatan sewajarnya [Astro Awani – 28/8/2016]

    Mengikut nisbah, 1 daripada 4 lelaki di bawah usia 40 tahun sudah mempunyai masalah seksual ini. TERLALU MUDA UNTUK GAGAL DI RANJANG. Dan bilangan ini semakin bertambah saban hari. Produk yang mengandungi SILDENAFIL menjadi satu keperluan bagi lelaki yang tidak lagi berupaya beraksi seperti yang sepatutnya. Ada juga dari mereka cuba berkahwin lebih dari satu untuk membuktikan keupayaan yang asyik tumpas sebelum berjuang. Mati pucuk akibat pornografi.

    Kenapa ini berlaku? Adakah masalah ini hanya masalah kepada lelaki Melayu?

    Tidak. Ini adalah masalah lelaki secara global yang disebabkan oleh KETAGIHAN PORNOGRAFI.

    Untuk alat kelamin lelaki berfungsi dengan baik, ianya melibatkan beberapa bahagian dari satu proses yang kompleks. Otak, hormon, emosi, saraf, otot dan salur darah bekerja bersama bagi merangsang alat kelamin untuk sedia berfungsi.

    Fungsi otak untuk rangsangan seksual

    Di dalam otak manusia terdapat neurons, iaitu sel yang menerima dan menghantar maklumat di antara otak dan tubuh badan (zakar contohnya). Untuk memindahkan maklumat kepada neurons, ianya melibatkan neurotransmitters. Dan neurotransmitter in dinamakan DOPAMINE, yang mana membantu mengalirkan maklumat ke bahagian hadapan otak yang berfungsi mengawal fikiran dan emosi.

    Apabila berlaku sentuhan, pelukan, mendengar lagu yang diminati, atau mengadakan hubungan seks, dopamine akan dikeluarkan, dan manusia akan merasa puas atau gembira. Dopamine juga digelarkan sebagai “the pleasure neurotransmitter”.

    Pendedahan kepada pornografi dan akibatnya

    Di sinilah berlakunya musibah kepada lelaki yang ketagih material lucah. Dopamine yang dibebaskan menjadi terlalu banyak sehingga merosakkan reseptor. Bayangkan aliran eletrik yang tiba-tiba melebihi voltan, apa yang akan berlaku? Litar pintas. Kerosakan pada fius. Kalau ada masalah bekalan elektrik, bolehlah nak panggil TNB atau electrician. Tetapi fius di otak terbakar, nak panggil siapa?

    Apabila kerosakan ini berlaku, filem pornografi dengan aksi yang biasa-biasa sudah tidak lagi rasa menarik walaupun jumlah dopamine yang dihasilkan adalah sama. Penagih pornografi akan menukar pilihan untuk menonton aksi yang lebih ganas, yang lebih kinky. Perubahan ini akan menyebabkan lebih banyak dopamine dibebaskan. Same thing is going to happen twice. Lebih banyak fius terbakar. Semakin kurang keseronokan berbanding pengalaman pertama melihat video lucah.

    Natijahnya, apabila hubungan seks yang fizikal yang sebenar ingin dilakukan, dopamine yang dihasilkan tidak cukup untuk menegangkan zakar. Akhirnya penagih pornografi tadi menjadi lelaki yang OKU seksual.

    OKU Seksual

    Filem pornografi dihasilkan untuk menarik perhatian penonton. Ini adalah multi-billion dollar business. Pelakon porno diarah untuk melakonkan aksi yang tak mungkin dibuat oleh pasangan mereka sendiri. Lelaki yang ketagihan pornografi akan HILANG  RANGSANGAN SEKSUAL walaupun memiliki isteri yang tubuh badannya mengiurkan. Malah, lelaki yang ada 4 isteri pun kecundang setiap kali bersama isteri-isterinya kerana kerosakan reseptor dan kegagalan menghasilkan dopamine yang berpunca dari aktiviti yang membinasakan itu.

    Selain dari mati pucuk, masalah lain juga akan timbul akibat kurangnya penghasilan dopamine. Antaranya ialah kemurungan, ketidakupayaan mengawal stress, keletihan melampau, emosi tidak menentu, hilang tumpuan, pelupa, hilang nafsu syawat dan masalah penghadaman. Penyakit Parkinson juga dikaitkan dengan kekurangan dopamine di dalam otak.

    Masalah Pornography Addiction dan Erectile Dysfunction ini boleh dirawat oleh pakar psikiatrik dan pakar sakit tuan. Tetapi ketagihan pornografi itu yang perlu dihentikan dahulu sebelum kesannya tidak hanya melibatkan alat kelamin tetapi ke seluruh fungsi tubuh.

    #saynotopronography

    #saynotoerectiledysfunction

    #katakantidakkepadapornografi

    #katakantidakkepadamatipucuk

     

    “Untukmu Penggemar Video Porno”, Ustadz Ahmad Zainuddin

    Ceramah Singkat: Untukmu Penggemar Video Porno – Ustadz Ahmad Zainuddin, Lc.

    Untukmu yang masih suka menikmati video porno tatkala sendirian, simak video singkat berikut ini. Ceramah Singkat: Untukmu Penggemar Video Porno – Ustadz Ahmad Zainuddin, Lc. Video ini disponsori oleh Zahir Accounting – Software Akuntansi Berbahasa Indonesia Terbaik, Klik http://www.zahiraccounting.com Mari turut berdakwah dengan menjadi sponsor video2 yufid.tv, hubungi marketing@yufid.org segera!

     

    Bagaimana mengatasi ketagihan pornografi?

    TANGANI TAHAP KETAGIHAN PORNOGRAFI

    Jadilah seorang pejuang dengan menjauhi pornografi. Tingkatkan daya juang diri anda dengan memahami idea ADVERSITY QUOTIENT. Selamat berjuang!

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *