Jagalah Kata-Kata Di Hadapan Anak Kerana Ia Memberi Impak Yang Besar Dalam Kehidupan Mereka

“Kata-kata kita ini umpama doa pada anak.”




  • “Kau ni anak yang menyusahkan””Kau ni takkan benda ini pun tak pandai buat, anak pembawa sial””Lebih baik tak ada anak dari ada anak macam kau”

    Kata seorang ayah kepada anaknya berumur 3 tahun hanya disebabkan tertumpahkan air.

    Mungkin kata-kata di atas anak tak ingat bila 5 atau 10 tahun akan datang. Tapi perasaan diri tak berguna dan rasa menyusahkan orang lain mungkin akan diingati sampai bila-bila.

    Maka, saya menyeru mak ayah yang mempunyai anak kecil terutamanya anak bawah 7 tahun. Tolong jaga kata-kata anda pada anak, semarah mana pun kita pada anak ingatlah kata-kata kita ini umpama doa pada anak.

    Kalau sudah terbiasa mencarut walaupun benda kecil, sila bawa cermin kemana-mana. Kalau rasa nak marah dan mencarut pada semua orang, terus keluarkan cermin dan mencarutlah puas-puas

    “>FB Maryam Jamadi

    Pendapat saya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain memberi impak yang mendalam terhadap anak-anak, kita juga tidak suka apabila anak-anak berakhlak dengan akhlak yang buruk. Apatah lagi, akhlak yang buruk itu dicontohi dari ibu bapanya sendiri. Semoga Allah mempermudahkan kita mendidik anak-anak kita agar menjadi umat Rasulullah yang dibanggakan Baginda.

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    15 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *