4 Ayat Simple Yang Ibu Bapa Harus Katakan Kepada Anak Untuk Cipta Bonding Yang Kuat

Open list
4 submissions already



  • Kunci kepada sesebuah hubungan adalah komunikasi. Tidak kiralah hubungan suami isteri, kawan-kawan ataupun dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak dapat mewujudkan perhubungan yang positif untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.

    Ibu bapa perlulah peka dengan apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka mengatakan sesuatu kepada anak mereka. Kadang-kadang di hadapan anak-anak, ibu bapa mungkin terlepas mengatakan sesuatu yang negatif dan amatlah penting untuk anda menyedarinya. Ini kerana, anak-anak mudah meniru apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

    Dalam keluarga, kata-kata dan cara kitalah yang menentukan hala tuju dan keharmonian kekeluargaan. Perbualan dan komunikasi yang betul juga dapat membentuk hubungan yang lebih erat dengan anak-anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa adalah contoh yang menentukan cara komunikasi anak-anak dengan orang sekeliling mereka.

    Oleh itu sangat penting untuk anda mengetahui apa yang seharusnya anda kaatakan kepada anak anda untuk membentuk hubungan yang lebih erat dengan mereka.Ini adalah list ayat simple tapi ‘power’ yang ibu bapa harus katakan kepada anak untuk cipta bonding yang kuat,

    Jom submit apa lagi ayat simple yang anda rasa orang lain patut cuba. Tambah gambar di senarai bawah. Enjoy!

    #1 “Mama Dan Papa Sayang Awak”

    Kebanyakan ibu bapa jarang mengucapkan kata sayang kepada anak-anak. Mungkin mereka merasakan dengan apa yang mereka lakukan dalam membesarkan anak sudah cukup.  Tetapi sebenarnya ucapan sayang ini sememangnya penting agar anak akan rasa selalu dihargai dan disayangi.

    Ucapan sayang ini bagus sekiranya anda praktikkan sedari mereka masih kecil agar mereka akan terbiasa dan belajar untuk menyayangi orang di sekeliling mereka. Sebelum mereka masuk tidur, bisikkan “Mama sayang awak” atau “I Love You” kepada mereka. Mesti mereka tidur sambil tersenyum.

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #2 “Pandainya Dia…”

    Anak-anak ni sukakan perhatian, terutamanya kanak-kanak. Setiap apa yang mereka lakukan adalah untuk mendapatkan perhatian anda. Setiap kali mereka membantu anda atau berjaya lakukan sesuatu, cuba puji atau high five mereka. Mesti dia akan bersemangat untuk membuat sesuatu dengan lebih baik lagi.

    Ini juga secara tidak langsung dapat mendidik mereka untuk menjadi ringan tulang untuk membantu anda dan orang lain. Hubungan anda dan anak pun akan menjadi lebih rapat. Mereka mungkin akan menganggap anda ibu bapa yang cool kerana sentiasa peka dan memberi perhatian kepada mereka.

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #3 “Terima Kasih, Sayang…”

    Mungkin anda merasakan bahawa ucapan terima kasih itu hanyalah ucapan biasa-biasa sahaja. Namun ucapan ini sebenarnya sangatlah berharga dan bermakna. Bak kata orang, “simple but meaningful”. Siapa tahu, dengan hanya ucapan terima kasih, dapat menjadikan hari seseorang itu lebih ceria dan gembira.

    Begitu juga dengan anak anda. Kebanyakan ibu bapa mungkin menganggap bahawa ungkapan terima kasih kepada anak kecil anda tidak memberikan makna apa-apa. Tetapi, dengan ucapan terima kasih itu dapat mengajar anak anda untuk menghargai orang lain.

    Contohnya, sekiranya anak anda membantu anda melakukan sesuatu, katakan “terima kasih anak mama” kepadanya. Mesti selepas ini dia akan lebih rajin untuk membantu anda tanpa disuruh. Kerja anda juga akan lebih mudah!

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #4 “Jom Baca Buku!”

    Budaya membaca ni semakin lama semakin dilupakan. Daripada memberi anak anda bermain dengan ipad atau menonton televisyen, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk mengajaknya membaca buku. Jadikan membaca sebagai rutin harian mereka dengan mengajak mereka membaca buku sekurang-kurangnya sekali sehari.

    Selain itu, anda juga boleh membacakan mereka bedtime stories sebelum mereka masuk tidur. Ini dapat mencipta momen kemesraan antara anda dan anak anda sekaligus mendorong mereka untuk gemar membaca.

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Add your submission

    Image Text Embed

    This field is required

    Drop Image Here

    or

    You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

    Get image from URL

    Maximum upload file size: 2 MB.

    Processing...

    This field is required

    e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

    Supported Services:

    Processing...

    What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *