Fenomena Argan Oil : Faedah Atau Propa

argan oil



  • Baru-baru ini tercetus fenomena argan oil di seluruh pelosok Malaysia, tidak kurang ramai yang terpengaruh serta sekadar terikut-ikut golongan yang mempromosikan minyak ini. Apakah minyak Argan ini? Benarkah terdapat faedah dan kelebihan, atau sekadar fenomena propa yang terbaru yang melewati waktu ini.

    Pengenalan Argan Oil

    Di dalam buah minyak argan yang kecil, terdapat kacang kecil yang memberikan miyak argan. Selama beberapa generasi, natives of the Argan Forest di Morocco mereka menekan nat buah argan untuk mengeluarkan minyaknya dan digunakan sebagai makanan tambahan, untuk menyembuhkan luka dan melegakan ruam serta untuk menyuburkan rambut.

    Penggunaan minyak argan bukan hanya di Morocco sahaja. Orang ramai di seluruh dunia mengambil kesempatan  daripada manfaat minyak Argan untuk merawat jangkitan kulit, gigitan pepijat dan ruam kulit. Dan sekarang ianya digunakan oleh lelaki dan wanita di seluruh dunia untuk mendapatkan keberkesanannya, pelembab tersebut digunakan pada kulit dan rambut.

    Kandungan

    Satu sebab utama mengapa minyak argan dikenali sebagai ubat penyembuhan, kerana ianya kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin E.

    Walau bagaimanapun, minyak argan juga kaya dengan anti-oksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila digunakan pada kulit, ia memudahkan proses keradangan dengan melembapkan kulit.

    Faedah dan Kebaikan

    1) Menyembuhkan penyakit kulit dan membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat.

    2) Mengurangkan penuaan pra-matang. Minyak argan terdiri daripada 80% kandungan asid lemak which work wonders untuk memadamkan tanda-tanda penuaan pra-matang. Mengembalikan keanjalan kulit dan meningkatkan kadar penjanaan semula sel-sel kulit yang sihat.

    3) Melindungi kulit daripada kerosakan. Minyak argan membantu melindungi kulit, rambut dan kuku daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV.

    4) Mengurangkan kolestol dengan makan minyak argan sebagai diet anda boleh menurunkan tahap kolestrol.

    5) Anti-radang bagi masalah berat badan berlebihan, masalah pencernaan dan masalah pundi kencing juga boleh mendapat manfaat yang besar daripada kebolehan anti-radang dalam minyak argan.

    6) Membantu proses penghadaman dengan menambahkan minyak argan ke dalam makanan. Ia akan meningkatkaan kepekatan pepsin dalam jus gastrik badan, beri lebih tenaga, kurang rasa lapar, penurunan berat badan yang lebih baik dan menyihatkan badan anda.

    7) Melawan penyakit kronik, terdapat banyak kajian mengenai keupayaan minyak argan untuk melawan kanser dan penyakit lain.

    8) Menguatkan kuku apabila digunakan pada jari tangan dan kaki, minyak argan membantu mengukuhkan struktur kuku menjadi lebih kuat dan sihat secara semula jadi.

    9) Membaik pulih rupa kulit, kepada mereka yang tidak mempunyai parut, kedutan atau penyakit kulit lain, minyak argan masih boleh menjadikan kulit anda lebih lembut dan gebu.

    Kesimpulan

    Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan minyak Argan, dan juga terdapat pelbagai gred, dikatakan minyak Argan yang terbaik adalah yang asli dari Morocco. Pembaca hendaklah bijak dalam membuat pilihan sendiri sebelum membeli.

    What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *