3 Doa Untuk Bayi Yang Baru Dilahirkan

Open list
3 submissions already
End date: 2018-03-03 Ends in + Add yours
doa untuk bayi



  • Doa Untuk Bayi – Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak)”

    [Sahih Hadits Riwayat An-Nasa’i (no. 1297), Ahmad (3/102 dan 261), Ibnu Hibban (no. 904) dan al-Hakim (no. 2018), dishahihkan oleh Ibnu Hibban rahimahullah, al-Hakim rahimahullah dan disepakati oleh adz-Dzahabi, rahimahullah juga oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam “Fathul Baari” (11/167) dan al-Albani rahimahullah dalam “Shahihul Adabil Mufrad” (no. 643)]

    #1 Dari Sheikh Di Mesir

    Ada sahabat saya menceritakan dari syeikh yang mengajarnya,  Untuk bayi yang baru lahir, ibu bapa perlu membacakan:  

    1. Surah Al-Fatihah. 
    2. 5 ayat pertama surah al-Baqarah ('alif lam mim' hingga 'muflihun'). 
    3. Ayat Kursi. 
    4. 2 ayat terakhir surah al-Baqarah ('amanar rasul' hingga 'kafirin'). 
    5. Ayat ke-18 hingga 24 surah al-Hasyr ('ya ayyuhallazina amanu' hingga 'azizul hakim') 
    6. 4 Qul (Al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas)  

      Kemudian hembuskan di ubun-ubun kepala anak kecil. Bacakan setiap pagi dan petang. Moga-moga anak kita sentiasa membesar dengan baik dan soleh/ah, serta dihindarkan dari perkara yang tidak baik (syaitan, jin, nafsu yang kuat ke arah keburukan).   Antara doa lain yang disunnahkan untuk membaca kepada bayi:  

    اَللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

    “Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu untuknya dan untuk keturunannya dari syaitan yang terkutuk.” [Surah Ali Imran ayat 36]  

    أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

    "Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, dari semua godaan syaitan dan binatang pengganggu serta dari pandangan mata yang buruk. [HR. Abu Daud]   Kredit: Imran Kasran

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #2 Selawat Yang Merdu

    Doa Untuk Bayi Yang Baru Lahir | Interaktif

    Doa Untuk Bayi Yang Baru Dilahirkan Maksudnya: "..Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)." surah ali-Imran ayat 36 Keterangan Ayat - Hinnah Faquza, isteri kepada Imran sewaktu telah lanjut usianya melihat seekor burung memberi makan pada anaknya.

    Maksudnya: “..Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).” Surah ali-Imran ayat 36 

    Keterangan Ayat - Hinnah Faquza, isteri kepada Imran sewaktu telah lanjut usianya melihat seekor burung memberi makan pada anaknya. Terlintas dalam fikirannya untuk mendapat anak. Dia bernazar kepada Allah sekiranya mendapat anak lelaki akan disuruh untuk memberi khidmat kepada Baitul Maqdis.Allah telah memaqbulkan doanya, tetapi dikurniakan untuknya anak perempuan. 

    Lumrahnya tanggapan umum pada anak lelaki ialah fizikalnya lebih hebat untuk menjaga rumah suci itu. Orang perempuan pergerakannya agak terbatas berbanding lelaki. Walaupun begitu bayi ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri. Tambahan pula ia adalah bayi perempuan yang sempurna dan cantik wajahnya. Nama yang diilhamkan oleh Allah untuk diberikan ialah MARIAM yang bermakna kuat ibadah dan khidmatnya untuk Allah. 

    Ia juga dinamakan dengan keyakinan akan menjadi wanita yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah. Munajatnya kepada Allah ialah ayat di atas, …memohon kasih-Nya agar dijaga Mariam dan keturunannya daripada syaitan yang dilaknat. Abu Hurairah berkata: “Setiap anak yang dilahirkan akan diganggu oleh syaitan melainkan Mariam kerana doa yang dibacakan oleh ibunya itu.” 

    Khasiat dan Kaifiat Beramal - Oleh itu, amalkan membaca doa ini kepada anak yang baru dilahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 36, surah ali-Imran)

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    #3 Menenangkan

    Zikir Tidurkan Anak

    LIRIK zikir tidurkan anak boleh rujuk sini: http://umiwish.blogspot.com/2016/12/lirik-zikir-tidurkan-anak.html Lagu untuk tidurkan bayi, haa ini sangat sesuai! Video zikir untuk menidurkan anak mp4. Alunkan zikir tidurkan baby; dzikir untuk tidurkan bayi, agar bayi tidur nyenyak pada malam hari. Mudah-mudahan. Apa kata jom dengarkan lagu pengantar tidur untuk bayi.

    by

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Add your submission

    Image Text Embed

    This field is required

    Drop Image Here

    or

    You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

    Get image from URL

    Maximum upload file size: 2 MB.

    Processing...

    This field is required

    e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

    Supported Services:

    Processing...

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    14 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%