“Cairo 678” Filem Mesir yang Diangkat Membawa Pembelaan Wanita Terhadap Mangsa Gangguan Seksual.




  • Baru-baru ini menggemparkan dunia , Kaherah , ibukota Mesir yang disenarai hitam antara salah satu negara paling bahaya bagi wanita menurut Thomson Reuters Foundation.http://m.cairoscene.com/Buzz/Cairo-Ranked-World-s-Most-Dangerous-City-for-Women

    ” Cairo 678 “ adalah sebuah filem adaptasi kisah realiti yang benar-benar berlaku di Mesir ,  membawa penonton melihat bagaimana kehidupan sosial masyarakat terhadap wanita. Diterbitkan pada tahun 2010 oleh Pengarah Mohamad Diab.  Filem ini berjaya meraih anugerah berperestij pada tahun 2010 di Dubai International Film Festival.

    Filem ini mengisahkan berkenaan tiga orang wanita berlainan kelas sosial yang sering menjadi mangsa gangguan seksual. Kisah ini bermula apabila Fayza , seorang penjawat awam yang selalu diganggu lelaki jahat ketika menaiki teksi dan bas (bernombor 678)  dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Setelah pulang , seringkali dia menolak permintaan suami untuk bersama dengannya sehingga tidak mampu menjelaskan apa yang terjadi.

    Seterusnya , mangsa kedua Seba , pula menjadi mangsa gangguan ramai lelaki jahat setelah menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium bersama suami. Suami tidak mampu untuk mempertahankan Seba terhadap gangguan tersebut. Akhirnya , suaminya tidak dapat menerima hakikat yang berlaku dan akhirnya mereka bercerai.

    Kisah terakhir pula berkisar pada seorang wanita , mangsa ketiga yaitu Nelly, pelawak solo dan perunding pelanggan yang sering kali diganggu  melalui panggilan – panggilan telefon. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang, ketika menyeberangi jalan , tiba-tiba seorang pemandu trak cuba  menarik dirinya secara kasar di sepanjang jalan.  Dia kemudian berusaha untuk membuat laporan polis berkenaan kes ini namun ditolak . Sehingga akhirnya dia muncul dalam televisyen dan menjadi wanita pertama menyuarakan hak wanita terhadap jenayah gangguan seksual di Mesir.

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%