Benarkah Asid Folik, Vitamin Wajib Bagi Ibu Hamil, Kini Adalah Punca Autisma?

“pemberian asid folik dan beberapa vitamin yang lain semasa ibu hamil adalah penting bagi menjamin tahap kesihatan yang optima,”




  • Apa itu Asid Folik?

    Asid Folik adalah salah satu vitamin yang diberi kepada ibu hamil selain dari zat besi dan vitamin C. Pemberian asid folik kepada ibu-ibu hamil selama ini adalah disahkan selamat dan disyorkan oleh pakar-pakar obstetrik & ginekologi seluruh dunia. Ianya telah terbukti bersandarkan kepada beribu-ribu kajian yang berwibawa. Asid Folik yang diberikan kepada ibu hamil adalah bagi mencegah berlakunya kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube defects – Spina bifida).[1] Kajian dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan 70% bayi yang berikutnya akan selamat setelah ibu hamil mengambil asid folik dari berlakunya kecacatan saraf tunjang. Kes ini terbukti dikalangan ibu yang sudah terdapat kecacatan saraf tunjang ke atas bayi pertama mereka. Satu peratusan yang cukup membanggakan.

    Dos yang diberikan adalah selamat

    Jumlah dos yang diberikan kepada ibu-ibu hamil juga sesuai dan selamat. Adalah dicadangkan pengambilan asid folik sebelum hamil bagi mengurangkan risiko mendapat bayi yang kecil saiznya (small for gestation).

    400 mikrogram setiap hari

    Semua wanita digalakkan untuk mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan.[2] Dos yang sama diteruskan sehingga bersalin. Dos yang lebih tinggi HANYA untuk sesetengah kumpulan ibu hamil seperti ibu ada kencing manis (diabetes). Semasa menyusu bayi pula, sebanyak 500 mikrogram disarankan demi kesinambungan pemulihan si ibu. Cadangan ini tidak tertakluk kepada berapa banyak makanan atau sayuran yang mengandungi asid folik yang boleh diambil oleh ibu hamil dalam tempoh berkenaan.

    Asid Folik Punca Autisma?

    Namun terdapat satu sebaran tular yang mendakwa asid folik boleh menyebabkan autisma kepada bayi. Saya merujuk kepada satu keratan akhbar yang dikongsikan oleh rakan maya. Akhbar menyiarkan bahawa asid folik boleh penyebab kepada autisma. Tulisan tersebut merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Northwestern, Illinois yang diketuai oleh Profesor Stephen Levine.[3] Artikel berkenaan termuat dalam Jurnal JAMA Psychiatry.

    Hasil kajian membuktikan sebaliknya

    Hasil bacaan saya, ulasan yang dilakukan oleh akhbar berkenaan adalah tidak tepat. Mari kita baca bersama keputusan kajian yang dikeluarkan oleh Prof Stephen Levine tersebut:

    1. “Maternal exposure to FA and/or multivitamin supplements from 4 weeks before to 8 weeks into pregnancy was associated with a statistically significant reduction in the risk of ASD in offspring compared with offspring of mothers with no exposure in that time interval.”

    ~ Pendedahan ibu hamil kepada asid folik dan/atau multivitamin dari 4 minggu sebelum 8 minggu kehamilan adalah dikaitkan secara signifikan penurunan risiko ASD (autism spectrum disorder) terhadap bayi mereka berbanding dengan ibu hamil yang tidak diberikan (vitamin) dalam sela masa yang sama.

    2.  “maternal exposure during the 2 years before pregnancy was associated with a significant reduction in the risk of ASD in offspring.”

    ~Pendedahan ibu hamil semasa 2 tahun sebelum hamil juga dikaitkan dengan penurunan yang signifikan risiko bayi mereka mengalami ASD.

     

    Saya merasakan tulisan dalam akhbar tempatan berkenaan tersalah membuat interpretasi tulisan dan keputusan kajian yang disiarkan oleh artikel dari Jurnal JAMA Psychiatry itu. Justeru, pemberian asid folik dan beberapa vitamin yang lain semasa ibu hamil adalah penting bagi menjamin tahap kesihatan yang optima. Seterusnya mengurangkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini terhadap ibu dan bayi.

    Semoga dengan pencerahan ini boleh mengurangkan kerisauan dan ketakutan para ibu untuk terus mengambil apa sahaja nasihat yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh para pakar.

    .

    Dr Suhazeli Abdullah

    Pakar Perubatan Keluarga

    Fb.com/drsuhazeli

    suhazeli.com

    Kuala Berang

    8.1.2018

    .

    Pautan:

    [1] Manfaat Folic Acid. http://www.webmd.com/baby/folic-acid-and-pregnancy

    [2] Asid Folik penyebab Autisma.

    http://www.webmd.com/…/too-much-folic-acid-in-pregnancy-tie…

    [3] JAMA Psychiatry. Published online January 3, 2018. doi:10.1001/jamapsychiatry.2017.4050. https://jamanetwork.com/…/jamapsychiatry/fullarticle/2667432

    [4] Peer Review. https://media.jamanetwork.com/…/vitamin-supplements-used-p…/

    Dengan izin terbit : Dr Suhazeli Abdullah

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    17 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *