Anda Ingin Mengenali Perwatakan Si Pe-Do-Fil-Let?Video Ini Pasti Dapat Membantu Anda

Jangan Biarkan Diri Anda Diselubungi Kekesalan




  • BEGINI CARA MUDAH MENCIRIKAN PAEDOFIL

    Uploaded by Suara dot COM on 2017-03-20.

    Perkataan Pe-Do-Fillet ini tidak lagi asing dikalangan ibubapa. Sekiranya kita mengikuti perkembangan berkaitan isu ini, ia menjadi isu yang hangat di serata dunia. Sebagai ibubapa, kita perlu mengambil berat akan setiap perihal yang berkaitan dengan anak-anak kita.

    Peranan ibubapa amat penting terutama dalam isu keselamatan anak-anak. Ini kerana ibubapa merupakan agen utama mereka dalam melindungi diri mereka dari masalah sosial yang berlaku di sekeliling kita.

    Video di atas menceritakan secara ringkas berkaitan ciri-ciri si pe-do-fil. Antara ciri-cirinya ialah:

    1. Kebanyakan Pemangsa Pe-Do-Fil-Let Ini Terdiri Daripada Ahli Keluarga Terdekat

    Ibubapa hendaklah selalu mempunyai rasa curiga sebagai langkah berjaga-jaga. Kita boleh dapati pemangsa-pemangsa yang terlibat dalam kes ini kebanyakkannya daripada ahli keluarga terdekat mangsa. Jadi, sentiasa perhatikan gerak langkah anak-anak anda wahai ibubapa.

    2. Kenangan Silam Yang Gelap Turut Membentuk Perwatakan Jahat Pe-Do-Fil-Let Ini

    Kebiasannya pemangsa-pemangsa ini melakukan perkara terkutuk ini kerana sejarah silam yang pernah mereka lalui. Jadi, secara tidak langsung pengalaman hitam yang dilalui telah mendorong si pemangsa untuk melakukan perbuatan terkutuk ini.

    Teknik Sang Pe-Do-Fil-Let:Kenal, Mesra dan Serang

    Selain itu, si pemangsa akan memasang taktik terlebih dahulu sebelum mereka melaksanakan tugasan mereka. Kebiasaanya, mereka akan mengenali terlebih dahulu segala pendetailan yang diperlukan oleh mereka berkaitan mangsa-mangsa mereka. Kemudian mereka akan cuba bermesra atau rapat dengan mangsa menggunakan taktik ‘pemberian’ seperti mengumpan mereka dengan gula-gula atau hadiah dan sebagainya. Apabila mangsa sudah selesa maka si pemangsa tadi akan membuka langkah sebenar mereka terhadap mangsa mereka.

    Akhir sekali, kami dari wanitakini ingin mensaihati ibubapa diluar sana agar sentiasa memantau aktiviti-aktiviti anak anda. Sekiranya terdapat sebarang yang mencurigakan pastikan anda membuat laporan mengikut saluran yang betul. Ingat, masa depan anak-anak anda di tangan anda. Sekiranya anda ingin mengikuti mereka yang berjuang tentang isu ini anda boleh juga lihat di artikel kami bertajuk “Facebook ‘Delete’ Akaun Mereka, Kerana Mendedahkan Kegiatan Pedo-Fill-Ia”

    Manakala sekiranya anda ingin mengetahui apps yang anda boleh gunakan bagi memantau aktiviti-aktiviti anak anda, anda juga boleh lihat di artikel kami bertajuk “Pe-do-Fil-Let: Benar Atau Sekadar Omong-Omongan”

     

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    16 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 1

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 1

    Downvotes percentage: 100.000000%