Anak Oh Anak – Di Mana Silapnya?

Bagaimana ya ibu-ibu kita dulu mendidik anak-anak kecil?




  • “Ibu-ibu dulu tak tahu pun tentang teori psikologi dan pendidikan kanak-kanak ni, but we turned out to grow just fine. Macam mana tu ya?”

    Begitu lebih kurang soalan daripada salah seorang peserta seminar tersebut. Ketika itu, saya baru selesai menyampaikan pengisian tentang ‘Developmentally Appropriate Practice’ dalam pendidikan awal kanak-kanak. Suatu pendekatan pendidikan yang meraikan fitrah perkembangan anak kecil. Pengisian hari itu mungkin agak berat untuk dihadam dalam masa yang singkat. Setiap saranan yang diberikan disandarkan pada teori-teori perkembangan kanak-kanak. Nama-nama psikologis seperti Piaget, Vygotsky, Bronfenbrenner dan Erikson bermain-main di bibir kami dalam seminar tersebut.

    Apa yang ibu-ibu dahulu ada, yang kita tak ada?

    KIta sebenarnya kehilangan suasana yang menyokong perkembangan fitrah anak-anak. Kesian anak-anak kita tak ada peluang mengotorkan tangan dengan selut dan pasir yang sangat kaya dengan pengalaman sensori. Hanya bermain dengan kinetic sand yang sifatnya tidak menurut sifat sebenar pasir. Itu pun kalau bersepah nanti ibu marah sebab bermain di ruang tamu rumah. Hmmm..

    Dahulu….

    Kalau dahulu, selepas asar ialah waktu rasmi bermain. Semua kawan-kawan akan keluar rumah dan terlibat dalam free play yang diarahkan sepenuhnya oleh otak-otak kecil ini tanpa campur tangan orang dewasa. Bayangkan setiap hari kita berlatih membuat keputusan sendiri, mencipta peraturan permainan, melatih diri untuk patuh pada peraturan tersebut, belajar tolak ansur sesama kawan, juga belajar kalah dan menang. Latihan yang hebat untuk membentuk kemahiran sosial dan komunikasi.

    Kini…

    Kesian anak-anak kita sekarang. Mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati kerana zaman sekarang bermacam bahayanya. Ibu bapa yang menentukan aktiviti mereka. Hari ini playground, esok swimming, lusa kelas muzik yada, yada. Tiada autonomi, aktiviti yang sangat berstruktur dan tidak ada peluang untuk membuat keputusan sendiri. Apatah lagi peluang untuk membuat kesilapan dan belajar daripadanya.

    Cara ibu kita dahulu

    Ibu kita dahulu juga sibuk menguruskan rumah, tiada masa untuk menghadap kita 24 jam. Bosan? Tiada Astro, Didi & Friends, Omar & Hana mahupun gajet untuk menghiburkan. Pandai-pandailah fikir sendiri bagaimana untuk menghiburkan diri sendiri.

    Kita sekarang terlalu ke hadapan

    Kita sekarang terlalu takut anak kita bosan. Kita dah tolong fikirkan in advance bagaimana mereka harus mengisi masa mereka. Sementara menunggu makanan di restoran, kita beri mereka handphone supaya mereka duduk diam dan tidak mengamuk kebosanan.

    Generasi Alpha

    Akhirnya lahirlah generasi alpha ini. Generasi yang sangat self-centric. Hanya melihat dunia daripada sudut pandang mereka sahaja dan gagal melihat daripada pandangan orang lain. Tidak pandai menghiburkan diri sendiri tetapi mengharapkan input yang berterusan dari sumber sekitarnya. Tidak suka menunggu, mahu segalanya serba pantas dan di hujung jari. Ramai antara mereka yang tidak mahir mengurus diri, kerana segalanya dilakukan untuk mereka oleh orang lain.

    Dimana Silapnya?

    Lalu di mana silapnya? Kita! Yang membesarkan mereka dalam suasana yang serba menyenangkan, zero cabaran dan bebas daripada kesusahan.

    Kita… yang perlu diperingatkan kembali bagaimana fitrahnya anak-anak yang sepatutnya diberi peluang menikmati masa kecil mereka. Bukan disogok dengan kaedah cepat baca atau pantas mengira.

    Kita… yang selalu lupa, doa seorang ibu itu mudah dimakbul Tuhan.

    sumber dari FB Puan NurLiyana Mohd Nazli

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    12 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *