Anda Inginkan Anak Lelaki? Ikuti 5 Langkah Ini.

anak lelaki



  • Anda inginkan anak lelaki tetapi anak perempuan juga yang anda dapat? Anda haruslah bersyukur kerana ada orang yang tidak ada rezeki untuk dapat anak. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah langkah yang anda boleh ikuti untuk dapat anak lelaki.

    Memang benar anak ini kurniaan tuhan tetapi tidak salah jika anda berusaha untuk dapatkan anak lelaki. Walaupun anda sudah berusaha dengan langkah yang saya ingin kongsikan tetapi tidak berjaya, anda tidak perlu marah. Anda pernah dengar ayat, ” Usaha Tangga Kejayaan.”? Fikir-fikirkanlah. Berikut 5 langkah yang anda harus ikut:

    #1 Mengamalkan Pre-Conception Gender Diet

    anak lelaki

    Pada tahun 1982, diet ini diterbitkan kepada wanita yang inginkan anak lelaki. Mereka digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan potassium dan sodium seperti daging, ikan, sosej, jem, madu, buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan pasta. Para saintis yang terlibat dalam kajian ini mencadangkan agar wanita memulakan diet ini tiga bulan sebelum mencuba untuk hamil.

    #2 Mengambil Sarapan Dengan Bijiran

    Mengikut kajian yang telah dibuat, sebanyak 740 orang wanita yang mempunyai anak lelaki menyatakan bahawa rutin mereka ketika sarapa adalah dengan mengambil bijirin dan makanan yang tinggi dengan potassium.

    #3 Mengambil Makanan Yang Beralkali

    Suatu masa dahulu, perkara ini menjadi hangat. Wanita yang inginkan anak lelaki perlu makan makanan seperti sayur, buah-buahan, susu, bijirin, nasi, pasta TETAPI perlu mengelakkan daging, ayam dan makanan laut kerana makanan ini mengandungi asid yang tinggi.

    #4 Mengambil Makanan Berkalori Tinggi

    Terdapat kajian mendapati bahawa wanita yang makan makanan berkalori tinggi lebih kerap mengandungkan bayi lelaki.

    #5 Menggunakan Kaedah In Vitro Fertilization (IVF) Dan Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD)

    Kos keadah ini sangat mahal tetapi memberikan keputusan yang tepat 100 peratus.

    What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *