Adakah Anda Tahu Bahawa Remaja Malaysia Kekurangan Vitamin D?

“80% Remaja Malaysia KURANG Vitamin D”




  • Menurut kajian terkini yang di jalankan oleh pengkaji dari Universiti Malaya menerusi Malaysian Health and Adolescents Longitudinal Research Team study (MyHeARTs),

    8 dari 10 Remaja Malaysia mengalami kekurangan Vitamin D.

    Kajian tersebut di jalankan kepada 1361 pelajar berusia 13 tahun di 15 sekolah di Malaysia.

    Hasil kajian teresebut juga mendapati faktor risiko bagi kekurangan Vitamin D di kalangan remaja adalah adalah:

    – Remaja Perempuan – Remaja India – Remaja yang tinggal di bandar – Remaja yang Obese

    —————————————————–

    Apakah Kepentingan Vitamin D?

    Vitamin D penting dalam membantu dalam regulasi kandungan kalsium dan fosfate di dalam tubuh badan anda. Nutrient ini di perlukan untuk tulang dan otot yang sihat.

    Apakah Kesan Kekurangan Vitamin D

    Selain dari dari masalah tulang ( rickett di kalangan kanak kanak) dan (Osteomalacia dikalangan dewasa), kekurangan Vitamin D juga telah di kenalpasti menjadi penyebab kepada risiko penyakit penyakit lain seperti:

    – Penyakit Jantung- Penyakit Kencing Manis & darah tinggi- Kanser- Penyakit Autoimun- Masalah fungsi kognitif dan pelbagai masalah masalah lain.—————————————————–

    CAHAYA MATAHARI Sumber Utama Vitamin D

    Tahukah anda, sumber utama bagi Vitamin D adalah dari cahaya matahari. Cahaya matahari diperlukan oleh tubuh badan untuk memproses Vitamin D dari bawah kulit anda.

    Cara yang paling EFEKTIF,EKONOMI dan SIHAT untuk meningkatkan paras Vitamin D adalah dengan meningkatkan aktiviti di luar kelas.

    Pelajar sekolah di galakkan untuk melakukan aktiviti di luar kelas semasa tempoh optimum iaitu pada 10 pagi ke 2 tengahari.

    Tempoh masa yang di perlukan hanyalah 6-8 minit.

    Aktiviti ini bukan sahaja mampu meningkatkan paras Vitamin D dengan berkesan malah mungkin mampu membantu menangani masalah obesiti serta masalah mental di kalangan pelajar.

    Kebiasaanya negara yang tidak mendapat sinaran cahaya matahari seperti negara hemisfera utara lebih berisiko untuk mendapat masalah ini. Masalah ini TIDAK sewajarnya terjadi bagi penduduk di sebuah negara yang menerima sinaran cahaya matahari intensif selama 7-8 jam setiap hari sepanjang tahun.

    —————————————————–Sumber Vitamin D dari Makanan

    Selain itu Vitamin D juga boleh di perolehi dari sumber makanan. Namun kandungannya terhad dan tidak sebanyak dari cahaya matahari.

    –  Produk tenusu-  Ikan Salmon, Sardin, Herring dan Mackerel- Daging- Hati- Kuning Telur

    ————————————————–Bukan sahaja di kalangan remaja,menurut kajian di Malaysia, paras Vitamin D juga di dapati RENDAH di kalangan

    – 35% pelajar berusia 7-12 tahun kekurangan Vitamin D ( 2008)-  47·5% pelajar berusia 8- 12 tahun kekurangan Vitamin D (2013)- 73.3% wanita berusia 50-65 tahun kekurangan vitamin D (2004)

    ————————————————–

    Kesimpulan dan saranan

    Vitamin D merupakan nutrient penting untuk kesihatan.Aktif dengan aktiviti di luar merupakan langkah paling berkesan untuk memperoleh kesihatan yang unggul dengan mengekalkan paras Vitamin D.

    Rujukan

    1. Al-Sadat N, Majid HA, Sim PY, et al. Vitamin D deficiency in Malaysian adolescents aged 13 years: findings from the Malaysian Health and Adolescents Longitudinal Research Team study (MyHeARTs). BMJ Open. 2016;6(8):e010689. doi:10.1136/bmjopen-2015-010689.

    2. Moy FM, Bulgiba A. High prevalence of vitamin D insufficiency and its association with obesity and metabolic syndrome among Malay adults in Kuala Lumpur, Malaysia. BMC Public Health 2011;11:735

    3. Khor GL, Chee WS, Shariff ZM et al. High prevalence of vitamin D insufficiency and its association with BMI-for-age among primary school children in Kuala Lumpur, Malaysia. BMC Public Health 2011;11:95

    4. http://www.nhs.uk/…/Summerhea…/Pages/vitamin-D-sunlight.aspx

    5. http://www.webmd.com/diet/guide/vitamin-d-deficiency#1

    *Adakah anda memilki sebarang kajian terkini yang bermanfaat kepada masyarakat? Kongsikan kepada masyarakat menerusi laman Public Health Malaysia.

    Sumber dari FB Public Health Malaysia

    This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

    What do you think?

    12 points
    Upvote Downvote

    Total votes: 0

    Upvotes: 0

    Upvotes percentage: 0.000000%

    Downvotes: 0

    Downvotes percentage: 0.000000%

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *